Pada musim cuaca dingin, selesema adalah salah satu penyakit yang biasanya menyerang ramai manusia.

Ini adalah berpunca dari virus influenza yang menyerang saluran pernafasan kita. Virus ini mudah disebarkan melalui udara.

Individu yang lemah sistem imunisasi dan kurang nitrien lebih mudah diserang selesema. Kekurangan tidur, stress dan pendedahan kepada toksin juga boleh menggalakkan gejala selesema.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa petua semulajadi yang dapat menggalakan penyembuhan dan mengurangkan gejala selesema.

Tips rawatan selesema

1. Pengambilan makanan yang mudah untuk pencernaan

Perkayakan diet anda dengan sup tulang, tea herba dan sayuran masak untuk meningkatkan pencernaan anda. Jangan paksa diri untuk makan.

2. Air

Hidratkan tubuh anda sangat penting untuk mengeluarkan virus dan bakteria dari tubuh anda. Anda semestinya perlu meminum sekurang-kurangnya  8 gelas air setiap hari.

3. Air panas dengan madu, kulit kayu manis dan lemon

Kulit kayu manis dan madu mengelakkan pertambahan mukus dan mengekalkan tubuh anda terhidrat.

4. Halia

Tambah madu dengan teh halia

5. Bawang putih dan merah

Sayuran hebat ini dapat membantu anda melegakan selesema dan meningkatkan sistem imun anda.

Makanan yang perlu dielakkan

1. Gula

Gula mengurangkan jumlah sel darah putih yang membantu tubuh kita melawan jangkitan.

2. Produk tenusu konvensional

Elakkan segala produk tenusu kerana ia boleh meningkatkan penghasilan mukus.

3. Kaffien

Anda perlu elakkan kaffien kerana ia mengurangkan elektrolit tubuh badan.

4. Makanan proses

Jenis makanan yang mengandungi GMO ini sememangnya kurang nutrisi dan hanya memanjangkan gejala selesema sahaja.

5. Makanan pedas

Makanan pedas hanya memburukkan keadaan kerana menambah penghasilan mukus.

Top 5 Tips Melegakan Selesema secara semulajadi

1. Vitamin C

Vitamin C penting kerana ia meningkatkan sistem imun dan sel darah putih.

2. Echinacea

Echinacea adalah herba yang membantu tubuh melawan jangkitan dan menghalang permulaan sebarang penyakit.

3. Elderberry

Herba ini boleh deaktifkan virus selesema dan menguatkan sistem imun secara semulajadi.

4. Minyak Oregano

Minyak oregano sudah terkenal kerana sifatnya yang antiviral.

5. Zat besi

Zat besi penting kerana dapat meningkatkan sistem imun dan memberikan fungsi antiviral yang dapat melindungi tubuh badan.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy