Amla juga dikenali sebagai Indian Gooseberry banyak khasiatnya dan popular sejak berabad lamanya.

Kredit gambar: Ebay

Amla adalah tumbuhan herma yang banyak tubuh di kawasan India dan dikenali kerana kehebatan dalam menyembuhkan pelbagai penyakit.

Buah amla kaya dalam nutrien seperti serat diet, karbohidrat, protein dan pelbagai vitamin dan mineral.

Apa khasiatnya?

Kesihatan kulit

Anda boleh menambah buah amla dalam diet harian anda. Anda akan merasai perubahan seperti berikut:

1. Kulit lebih berseri

Oleh kerana amla kaya dengan vitamin C, jadi ia mempunyai fungsi antioksida yang memberikan kulit anda kelihatan berseri dan sihat.

2. Mencerahkan kulit

Amla dapat mencerahkan kulit. Anda boleh mengambilnya dalam bentuk jus atau serbuk atau paling mudah sapukan jus buah amla pada kulit anda dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu bilaskan wajah anda. Ulang setiap hari dan anda akan lihat kesannya.

3. Merawat jerawat

Jika wajah anda terlalu banyak jerawat anda boleh hasilkan masker dari buah amla. Kisarkan dua ke tiga biji buah amla dan tambah sedikit air mawar.

Sapukan ke wajah anda dan biarkan mengering selama 5 minit kemudian cuci wajah seperti biasa.

4. Menghilangkan parut jerawat

Ambil beberapa biji buah amla dan ambil jusnya. Sapukan jus tersebut pada wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Lakukan selama sebulan dan anda akan rasai perbezaannya.

5. Mengekalkan kesihatan luaran dan dalaman kulit

buah amla dapat mempertingkatkan penghasilan elastin dan kolagen.

6. Mengawal minyak

Kulit yang berminyak tidak selalunya tidak sihat. Namun oleh kerana ia memerangkap kekotoran jadi liang kulit anda akan tersumbat dan akan menyebabkan jerawat.

7. Mengawal tanda-tanda penuaan pra-matang

kandungan vitamin C dan antioksida yang terdapat pada buah amla sangat berkesan dalam mengawal tanda-tanda penuaan. Kulit anda kelihatan lebih muda.

8. Membersihkan wajah

Jika anda mempunyai kulit sensitif jangan terus sapu jus amla yang dipekatkan ke wajah anda. Anda perlu cairkan sedikit terlebih dahulu dengan sedikit air.

9. Menegangkan kulit

Penuaan seringkali menyebabkan kulit kehilangan ketegangannya. Jadi untuk mengelakkan kulit anda mengendur, anda boleh mula untuk meminum segelas jus amla setiap hari.

10. Membaiki tisu rosak

Vitamin C dan Anti-oksida yang terdapat pada buah amla memberikan ia fungsi merawat

11. Merawat pigmentasi

Vitamin C sangat berkuasa dalam merawat pigmentasi. Jadi mana-mana buah yang kaya dengan vitamin C seperti buah amla.

Kredit gambar: Organic facts

Kesihatan rambut

12. Mengawal keguguran rambut

Kekurangan vitamin adalah salah satu penyebab  utama keguguran rambut. Jadi jika anda minum satu gelas jus amla setiap hari dan mengurut kulit kepala anda dengan minyak amla seminggu sekali, kadar keguguran rambut akan berkurangan.

13. Menggalakkan pertumbuhan rambut

Radikal bebas yang merosakkan sel adalah satu penyebab keguguran rambut dan tanda penuaan pra-matang. Namun buah amla dapat meneutralkan radikal bebas ini dan melindungi anda dari apa sahaja yang berpotensi untuk merosakkan rambut anda.

14. Merawat kelemumur

Urut kulit kepala anda dengan minyak amla biarkan seketika kemudian bilas sehingga bersih. Amalkan seminggu sekali.

15. Membersihkan kulit kepala

Buah amla mengandungi anti-bakteria yang akan memastikan kulit kepala anda tidak dijangkiti bakteria, eczema dan keradangan. Ia juga dapat menghilangkan kegatalan kulit kepala.

16. Melembapkan rambut

Oleh kerana buah amla kaya dengan vitamin c dan asid lemak. Dua bahan ini dapat menguatkan folikel rambut dan menyuburkan rambut dari akar ke hujung. Amla dapat bertindak sebagai pelembap rambut semulajadi.

17. Menghalang uban

Vitamin C, asid lemak dan antioksida yang terdapat dalam buah amla memperbaharui pigmentasi dan menghalang pertumbuhan ubat.

Kredit gambar: Women Tribe

Pengurangan berat badan

18. Mempertingkatkan metabolisme tubuh badan

Amla diketahui dapat mempercepatkan metabolisme jadi cuma ambil secawan jus buah amla bersam dua sudu madu setiap hari.

19. Menambahbaik sintesis protein

Dengan meningkatkan metabolisme badan, buah amla juga dapat meningkatkan kadar tubuh anda mencerna makanan. Ia juga dapat meningkatkan kadar di mana protein dihasilkan oleh badan. Jadi lebih banyak protein yang diurai, lebih banyak tenaga untuk badan dan kurang pembentukan lemak.

20. Detoks

Oleh kerana amla merupakan sumber vitamin yang sangat pekat, dengan meminum setengah cawan jus amla setiap hari dapat mendetokskan tubuh anda

21. Mengeluarkan segala kekotoran Flushes Out Waste

Kandungan serat yang tinggi dalam buah amla dapat mengeluarkan segala kekotoran dalam tubuh dan akan menghalang dari terjadi sembelit.

Khasiat yang lain

22. Merawat anemia

Kandungan zat besi dan vitamin c dalam buah amla dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah. Anemia terjadi apabila tubuh badan kekurangan zat besi.

23. Mempertingkatkan penglihatan

Buah amla seimbangkan kapilari dalam mata dan membantu merawat penglihatan yang kabur. Minum jus amla setiap hari untuk mempertingkatkan penglihatan anda.

24. Membersihkan darah

Minum jus amla bersama madu setiap hari. Rasanya sedap dan membersihkan darah.

25. Merawat gastrik

Kandungan serat, polyphenil dan air di dalam buah amla dapat memberi kelegaan apabila terjadinya gastrik.

26. Mengawal kolesterol

Buah amla mengandungi fungsi oksidatif dalam Thiobarbituric Acid (TBA) yang membantu mengekalkan tahap kolesterol yang baik.

72. Mengawal tahap gula dalam darah

Chromium yang terdapat dalam buah amla membantu mengekalkan tahap gula dalam darah. Fungsi antioksidanya juga dapat memastikan kesihatan pankreas.

28. Kesihatan arterial

Penyakit arteri selalunya disebabkan oleh radikal bebas semasa pengoksidaan lipoprotein yang kurang tepu namun serat dan zat besi yang terdapat pada buah amla dapat mengawal pengoksidaan ini dan menghalang pembentukkan plak dalam arteri anda.

29. Pancreatitis

Pancreatitis berlaku apabila pembebasan radikal bebas dari tekanan oksidatif. Namun tubuh anda boleh menghapuskan radikal bebas tersebut jika anda mengambil makanan yang tinggi antioksida. Jadi buah amla merupakan sumber antioksida yang tinggi dan dapat merawat pancreatitis.

30. Sistem reproduktif

Remaja perempuan masa kini seringkali didiagnos dengan penyakit polycystic ovaries (PCO) atau kitaran menstruasi yang tidak teratur yang menyebabkan isu kehamilan. Dengan mengambil jus amla dapat membantu menjadikan kitaran menstruasi kembali teratur. Bagi kaum lelaki pula dapat meningkatkan kualiti sperma.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy