Resipi susu bawang putih ini sangat berkhasiat untuk kesihatan anda lebih-lebih lagi berkaitan batuk.

Ia dinamakan susu bawang putih dan ia adalah campuran susu hangat dan bawang putih.

Gambar: Times of India

Ia dikatakan boleh merawat asma, tuberculosis, pneunomia, masalah jantung, insomnia, batuk, arthritis dan banyak lagi.

Resipi susu bawang putih

Anda perlukan:

  • 500 ml susu segar
  • 10 ulas bawang putih yang dicincang halus
  • 2-3 sudu kecil gula
  • 250 ml air

cara-cara:

  • Letakkan air, susu, bawang putih di dalam periuk dan buka api.
  • Tunggu sehingga mendidih dan api mestilah dalam sederhana kecil
  • Sentiasa kacau sehingga campuran ini tersejat sehingga tinggal setengah tutup api
  • Tapis susu dan tambahkan gula
  • Sentiasa hidangkan suam-suam.

Khasiat susu bawang putih

1. Merawat asma

Anda perlukan susu ini setiap malam untuk melegakan asma.

2. Pneumonia

Minum susu ini tiga kali sehari

3. Masalah jantung dan merendahkan kolesterol

Susu ini sebenarnya merendahkan kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menghentikan darah beku dari menghalang saluran darah jika anda meminum susu ini selama 7 hari berturut-turut

4. Penyakit lemak hati

Bawang putih sangat baik untuk detoks dan mengaktifkan enzim baik dalam hati. Hati kita perlukan sulfur untuk detoks dan bawang putih mempunyai sulfur ini. Ini sangat mengagumkan dalam rawatan penyakit lemak hati. Pada susu ini terdapat selenium dan allicin untuk lebih penghasilan hempedu dan mengurangkan lemak pada hati. Anda perlu meminum susu ini selama 4 hingga 5 hari.

5. Arthritis

Anda perlu minum susu ini setiap hari untuk menghilangkan keradangan pada sendi

6. Insomnia

Susu jenis ini sangat membantu anda mendapatkan tidur yang lena kerana bawang putih dapat merawat insomnia dengan efektifnya.

7. Batuk

Bersama-sama dengan kunyit, susu ini sangat bagus untuk batuk. Anda boleh tambah sedikit kunyit pada resipi tadi dan tambahkan sedikit madu untuk jadikan ia resipi yang sempurna untuk perubatan batuk.

8. Tuberculosis dalam paru-paru

Tubercolisi adalah bakteria yang menyerang paru-paru. Susu ini juga dapat membantu mengelakkan penyakit berkaitan paru-paru. Sulfur pada bawang putih sangat berkesan melawan penyakit jenis ini. Gunakan 1 gram bawang putih dan 240 susu segar dan 1 liter air. Rebuskan kesemuanya sehingga susu ini tersejat 1/4 dari jumlah awalnya. Minum tiga kali sehari.

9. Kesihatan penghadaman

Minuman jenis ini sangat antiseptik dan bagus untuk meningkatkan imunitit dan membuang sisa toksik dalam badan. Tambahan lagi bawang putih akan menghasilkan lebih jus penghadaman dan merawat cirit birit.

10. Kurang upaya dalam hubungan suami isteri

Susu bawang putih dapat merawat masalah ini. Anda juga boleh memakan bawang putih yang direbus dan ini dapat membantu suami isteri yang mempunyai masalah kekurangan upaya dalam hubungan intim suami isteri.

12. Sciatica

Susu ini juga dapat merawat kesakitan saraf jenis ini. Minum susu bawang putih secara berterusan untuk merawat kesakitan ini.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy