khasiat budu

Selain Menyedapkan Makanan, Ini Khasiat Lain Budu yang Tak Pernah Orang Tahu

Bila kita dengar sahaja tentang budu, rasanya kita sebagai rakyat Malaysia sudah terbiasa mendengarnya. Ada dikalangan kita memang sukakan budu. Makan nasi tanpa ulam dan budu rasanya tidak lengkap dan kurang berselera. Budu cukup terkenal di negeri Kelantan. Sek Kito Takkey Pecoh!

khasiat budu

Budu sememangnya pengikat selera dan mampu membuatkan kita lupa untuk berhenti makan. Ada yang tidak suka dengan rasa dan baunya yang agak menganggu. Belum cuba belum tahu, rasanya mampu membuatkan anda bertambah nasi tanpa sedar.

Budu merupakan makanan tradisional masyar4kat pantai timur khsusnya masyar4kat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih sedap lagi campur dengan tempoyak durian.

Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan. Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu.

Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda.

Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :

Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai peny4kit termasuk kanser.

Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu d4ra.

Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.

Budu berpotensi mencegah c1rit b1rit dan penurunan kolesterol d4rah, begitu juga peny4kit jantung dan hipertensi.

Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.

Kepada anda yang tidak suka makan budu bolehlah mencubanya ya. Banyak khasiat budu ni.

Rasa artikel ini bermanfaat? Silakan share dan jangan lupa like Daily Sihat

Dilarang copy