Merokok jelasnya satu perbuatan yang tidak sihat dan memberikan ketagihan.

Ia memberi kesan yang negatif terhadap kesihatan seseorang kerana ia memudaratkan setiap organ di dalam badan. Tapi, masih ramai lagi yang tidak sedar kesan negatif dari merokok ini. Untuk berhenti merokok boleh jadi satu tindakan yang amat sukar.

Lebih 16 juta manusia mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan merokok. Golongan muda juga tidak terkecuali. Ia sangatlah memudaratkan kerana boleh mengancam nyawa. Seperti yang dijelaskan tadi, anda mungkin pernah berfikir untuk berhenti merokok walaupun ia sangat mencabar. Inilah sebabnya dalam artikel ini, kami akan kongsikan petua untuk membersihkan paru-paru anda walaupun anda sudah pun berhenti merokok.
Minuman ini diperbuat dari bahan-bahan yang anda boleh dapatinya di dalam rumah seperti bawang, halia dan kunyit! Kesemua bahan ini sangat kaya dengan nutrien yang memberikan khasiat terbaik utuk kesihatan anda.

Bawang besar sangat terkenal dengan fungsi anti-kansernya dan berkuasa dalam menghentikan sel carcinogenic (penyebab kanser). Halia juga dikenali dengan kelebihannya untuk memberi keselesaan pada perut. Ia boleh menghilangkan pengekalan air yang sering berlaku pada perokok. Kunyit juga sudah diketahui khasiatnya yang sangat baik untuk kesihatan. Ringkasnya minuman ini kaya dengan mineral, vitamin dan nutrien bersama banyak kelebihan antiviral, antibakteria dan antikanser.

Jom tengok resipi minuman ini:

Bahan-bahan:

  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 liter air
  • stevia, madu atau sirap maple
  • 1 biji bawang besar

Cara-cara:

Campurkan stevia, madu atau sirap maple bersama air. Panaskan sehingga terlarut. Tambahkan bawang bersama halia yang sudah disagat.

Renehkan campuran ini kemudian letakkan kunyit. Kecilkan api dan biarkan campuran ini mereneh sehingga setengah jam. Campuran ini akan berkurangan sehingga setengah. Keluarkan dari api dan biarkan sejuk. Seeloknya simpan di dalam peti ais.

Minum dua sudu besar minuman ini setiap petang akan memberikan kesan yang sangat menakjubkan. Anda pasti terkesima!

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy