Tidak lama dahulu ada beberapa kajian dari Spanyol mengesahkan yang dengan hanya meminum beberapa sudu besar minyak kelapa setiap hari, anda boleh kehilangan berat badan yang berlebihan dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda.

Gambar: The Heart Foundation

Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan bagaimana untuk menyediakan minyak kelapa di rumah anda, jadi anda sentiasa ada bekalan minyak kelapa di rumah.

Khasiat minyak kelapa

Dalam kajian yang disebutkan tadi, peserta kajian ini terdiri dari golongan berusia 55 ke 69 tahun. Kesemuanya mengalami tekanan darah tinggi. Tambahan lagi kesemua dari mereka mengambil ubat merendahkan kolesterol.

Dalam trimester pertama kajian ini, 136 dari peserta dalam diet yang normal. Hanya 116 peserta yang boleh mematuhi diet plan ini. Pada masa yang sama, mereka dipecahkan ke dua kumpulan. Salah satu kumpulan itu diberikan sesudu minyak kelapa seriap hari selama 3 bulan. Hasilnya terdapat perbezaan yang jelas pada dua kumpulan tersebut:

  • Kumpulan yang meminum minyak kelapa, berat mereka menurun sebanyak 0.6kg
  • Kumpulan ini juga mendapati pengurangan pada lilitan pergelangan tangan sebanyak 2.1cm
  • Lilitan pada leher juga berkurangan sebanyak 4cm pada kumpulan yang mengambil minyak kelapa.
  • Tekanan darah mereka juga menurun sebanyak 3.5 poin
  • Tahap kolesterol baik juga meningkat dalam kumpulan yang mengambil minyak kelapa.

Tambahan lagi ada kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat membuktikan khasiat menakjubkan minyak kelapa, dalam hal melawan simptom penyakit Alzheimer.

Bagaimana menyediakan minyak kelapa di rumah

Dengan resipi menakjubkan ini, anda sentiasa dapat menyimpan produk hebat ini di rumah.

Bahan-bahan:

  • 2 biji kelapa
  • 1.5 liter air

Cara-cara:

  • Parut kelapa dan tambahkan air
  • Perah untuk dapatkan santan
  • Simpan santan tersebut dalam bekas dan letakkan di dalam peti ais selama 24jam
  • Selepas 24jam anda akan dapat lihat lapisan pejal terbentuk di atas santan tersebut.
  • Keluarkan lapisan pepejal tersebut dan panaskan dengan api kecil
  • Selepas pepejal tersebut cair, dan keluar minyak, sejukkan dulu tapis dan anda dapatlah ekstrak minyak kelapa tersebut.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti ais.

Seperti yang anda lihat, mudah sahaja untuk membuat minyak kelapa ini. Jika anda simpan di dalam peti ais, minyak kelapa ini boleh tahan sehingga setahun lamanya!

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy