Buah physalis atau dikenali juga sebagai golden berries bukan hanya sedap malah sangat baik untuk kesihatan kita.

Rupa seakan-akan buah letup-letup, buah physalis berasal dari pergunungan Andes di Selatan Amerika dan akhirnya muncul di merata-rata tempat di dunia.

Buah physalis juga ada disebut sebagai amour en cage yang bermaksud kasih ‘sayang dalam sangkar’. Salah satu kegunaan buah physalis yang terkenal adalah dengan membuat jem.

Khasiat buah physalis

1. Kaya serat

Buah physalis mempunyai kandungan serat yang tinggi sama seperti hidangat bijiran buah sebanyak 4 gram.

2. Rendah lemak tepu

Kandungan lemak tepu pada buah physalis sangat rendah sehingga hampir mencapai 0 iaitu sebanyak 0.5gram sahaja.

3. Mengandungi antioksida

Buah physalis mengandungi bahan antioksida seperti polyphenol dan carotenoid yang sangat penting untuk mengelak dari terjadinya penyakit kardiovaskular dan kanser.

4. Vitamin A

Mengandungi 20% vitamin A yang sangat penting untuk kulit dan penglihatan.

5. Vitamin C

Buah physalis jug amengandungi vitamin C sebanyak 26% yang sangat penting untuk kekuatan imunisasi badan.

Cara-cara membuat jem buah physalis

Bahan-bahan

6 ½ cawan buah physalis
1 ½ cawan gula
½ cawan madu
½ batang kulit kayu manis jenis cinnamon
2 sudu besar jus oren
2 sudu besar jus limau

Cara-cara

# Cuci buah physalis dan keringkan dengan tisu dapur

# Puree kan dua cawan buah physalis dan selebihnya cincang ikut tekstur yang anda inginkan

# Tambahkan kesemua bahan dalam pan dan panaskan dalam suhu medium

# Kacau sehingga gula larut dan larutan mula mendidih

# Turunkan suhu sedikit dan teruskan memasak sehingga 25 ke 30 minit sehingga larutan pekat mengikut citarasa anda

# Tuang jam yang panas di dalam balang yang disteril. Isi dalam setengah inci dari penutup balang sahaja.

# Tutup penutup balang dengan ketat dan biarkan haba memvakum balang tersebut.

# Biarkan sejuk dan jangan letak di tempat yang ada sinaran matahari.

# Setelah buka, simpan di dalam peti ais.

Jem buah physalis sudah boleh untuk dinikmati!

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy