Kebanyakan orang mengelakkan dari perisa manis apabila didiagnosis dengan diabetes.

Tapi tahukah anda tidak semua makanan manis tidak bagus untuk orang diabetes. Sebagai contohnya buah laici.

Gambar: Freepik

Laici adalah salah satu buah yang rasanya masam manis sangat sesuai untuk pesakit diabetes kerana gulanya yang ringkas tidak akan membahayakan tahap gula dalam darah. Seratnya juga bagus untuk mengelakkan beberapa komplikasi yang disebabkan oleh kondisi diabetes.

Kenapa laici bagus untuk rawatan diabetes?

Senarai khasiat buah laici untuk diabetes ini mungkin akan menjawab beberapa persoalan anda mengenai laici dan pesakit diabetes.

1. Kaya dengan antioksida yang penting

Fungsi antioksida sangat penting untuk rawatan diabetes kerana bahan berkuasa ini mampu membantu melawan radikal bebas yang juga boleh menyebabkan tekanan oksidatif.

Antioksida juga penting untuk mengekalkan imuniti dan sistem merabolisme pesakit diabetes.

2. Meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan glukosa

Glukosa dihasilkan melalui pengambilan karbohidrat. Karbohidrat penting untuk metabolisme manusia kerana karbohidrat akan bertukar menjadi glukosa dan kemudia menjadi glikogen dan kemudian disimpan sebagai sel lemak atau bertukar menjadi tenaga. Walaubagaimanapun jumlah glukosa yang berlebihan akan menjadi masalah seperti obesiti atau diabetes apabila insulin tidak dapat berfungsi dengan baik. Buah laici mingkin mampununtuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan glukosa dan mengawal tahap gula dalam darah.

3. Merendahkan tahap gula dalam darah

Ada beberapa kajian santifik menunjukkan yang biji laici dan beberapa bahagian laici mengandungi asid lemak yang aktif dikenali sebagai hypoglisin di mana mempunyai kesan hypoglicaemia atau tahap gula dalam darah yang rendah.

4. Melawan keradangan

Keradangan adalah punca beberapa jenis diabetes. Keradangan boleh menyebabkan tekanan oksidatif dalam sel yang akan memberi kesan terhadap metabolisme tubuh badan. Menurut kajian saintifik, keradangan juga menghalang penghasilan insulin.

5. Menghalang obesiti

Keupayaan buah laici untuk menghalang penghasilan glukosa dalam tubuh mungkin baik untuk menghalang dari terjadinya obesiti. Apabila sel lemak disimpan terlalu banyak, ia akan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras untuk menghasilkan insulin. Maka terjadilan insulin insensitiviti yang menyebabkan diabetes jenis 2.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy