air rebusan kolestrol

Kencing Manis, Kolestrol Turun Mendadak Lepas 1 Minggu Amalkan Air Rebusan Ini

Amalan minum air rebusan herba memang diakui telah lama disarankan oleh orang tua-tua untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan. Antara banyak-banyak minuman herba tersebut, salah satunya adalah minum air rebusan daun manggis. Apa istimewanya minum air rebusan daun manggis?

Daun manggis, mengandungi banyak bahan yang sihat, termasuk antioksidan dan vitamin C yang tinggi. Atas sebab ini, kini banyak produk kesihatan yang tidak hanya mengambil ekstrak buah-buahan dan kulit manggis, tetapi juga daun.

Sebenarnya banyak petua dan cara rawatan alternatif yang boleh diamalkan dalam usaha menyembuhkan penyakit yang dialami. Ini diakui sendiri oleh Puan Zuriaty apabila melihat perubahan yang positif pada tahap kesihatan suaminya setelah mengamalkan minum air rebusan tersebut.

“Buah Manggis bukan saja enak dimakan tapi rupanya daun manggis ni banyak khasiatnya. Ini antara amalam suami saya sejak beberapa bulan yang lalu dan Alhamdulillah kencing m4nis ,kolest3rol dan sengal sengal badan semakin ada peningkatannya. Jadi saya nak kongsi dengan kawan kawan semua semoga memberi manfaat. Insyallah”–Zuriaty Hj Musa

Bahan-bahan yang diperlukan:

air rebusan

  • 10 helai daun manggis
  • 4 cawan air
  • periuk tanah

Cara Penyediaan:

  1. Daun manggis direndam selama 10 minit dalam air garam.
  2. Carik-carikkan daun manggis, lagi halus lagi bagus.
  3. Masukkan 4 cawan air di dalam periuk.
  4. Masukkan semua daun manggis tadi yang telah direndam air garam.
  5. Renehkan di atas api yang sangat perlahan. Reneh sehingga air tadi jadi separuh.
  6. Reneh sehingga airnya bertukar menjadi kemerah-merahan.
  7. Kemudian tunggu sejuk barulah ditapis.
  8. Buang daunnya. Airnya disimpan dalam bekas dan simpan di dalam peti air untuk mengelakkan dari rasa masam.

Info Tambahan

Setiap pagi minum suku cawan . Hangatkan terlebih dahulu. Minum 1 gelas air suam. 15 minit kemudian barulah sarapan pagi.

Rasa artikel ini bermanfaat? Silakan share dan jangan lupa like Daily Sihat

Dilarang copy