risiko botak

Kajian Membuktikan Anda Berisiko Botak Dua Kali Ganda Kalau Anda Kerja Lebih Daripada Waktu Ini

Tahukah anda bahawa kita sebenarnya kehilangan lebih kurang 100 helai rambut setiap hari? Ya. Itulah jumlah rambut anda yang gugur setiap hari. Namun jangan risau. Ia adalah perkara yang normal kerana rambut baru akan tumbuh juga setiap hari.

Walaubagaimanapun, ia tidak normal jika anda kehilangan lebih dari 100 helai dan rambut baru tumbuh lambat, atau tidak tumbuh langsung.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan masalah rambut gugur dan buatkan kepala anda nampak botak. Oleh itu dalam artikel kali ini kami kongsikan 5 faktor dan cara mudah untuk atasi rambut botak dan gugur.

Pemakanan sangat penting bagi badan kita, dan pemakanan yang baik akan buatkan badan kita lebih sihat. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masalah rambut, anda perlu ambil makanan yang mempunyai protein yang tinggi. Ini adalah kerana sumber asas bagi semua tisu-tisu dalam badan kita dibina oleh protein.

Sumber protein yang bagus untuk anda adalah telur, susu, dan ikan. Selain dari itu, tingkatkan kualiti pemakanan anda dengan menambah makanan yang kaya dengan Omega-3 seperti ikan makerel, salmon, atau boleh juga melalui makanan tambahan.

Saintis menemui hasil kajian yang merumuskan jika seseorang itu berkerja lebih daripada 52 jam seminggu, risiko untuk kehilangan rambut menjadi dua kali ganda lebih cepat berbanding mereka yang berkerja kurang 40 jam.

Penyelidikan ini dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari sungkyunkwan University School of Medicine di Seoul, Korea Selatan keatas 13,391 responden lelaki berusia 20 hingga 59 tahun pada tahun 2013 sehingga 2017.

Kumpulan ini seterusnya dibahagi kepada tiga kumpulan utama, iaitu “Normal” (bekerja kurang 40 jam seminggu), “Long” (52 jam) dan “Much Longer” (lebih 52 jam seminggu).

Keputusan kajian merumuskan mereka yang bekerja lebih 52 jam seminggu mudah untuk menjadi botak dengan 4%, berbanding 2% bagi mereka yang bekerja kurang 40 jam seminggu.

Ia berkait rapat dengan stress yang membuatkan folikel rambut menjadi rosak, seterusnya membantutkan pertumbuhan rambut baru, menyebabkan terjadinya botak.

Rasa artikel ini bermanfaat? Silakan share dan jangan lupa like Daily Sihat

Dilarang copy