Setiap daripada kita mempunyai sakit kepala dan tips ini sangat berkesan dan boleh menyelesaikan isu ini.

Jadi makanlah pisang dan minum air yang banyak untuk menghilangkan sakit kepala ini. Walaubagaimana pun tips ini tidak selalunya berkesan.

Ada beberapa sakit kepala yang pelbagai jenis yang berbeza dan ada individu yang menunjukkan beberapa tanda apabila sakit kepala ini terjadi, namun doktor selalu tersalah diagnos. Diagnos yang salah ini boleh terjadi kerana sakit kepala mempunyai banyak jenisnya dan ia berlaku kerana banyak sebab, keletihan, terhidrat dan masalah kesihatan yang serius.

MD Dr Sakib Qureshi seorang pakar neuro mengatakan yang sakit kepala boleh dinyatakan dengan petanda lampu merah dan anda perlu mengetahui kesemuanya untuk mengenali jenis-jenis sakit kepala ini untuk memberikan respon yang lebih betul.

Selain dari hanya terus menelan ubat apabila sakit kepala terjadi (tidak elok untuk kesihatan sebenarnya), cubalah tips yang akan MM kongsikan ini. Selalunya terdapat 4 jenis sakit kepala yang ada buat masa sekarang. Jika anda dapat mengenali tanda-tandanya anda boleh merawat sakit kepala tanpa perlu ubat pun.

1. Sakit kepala sinus

Jika anda mengalami keradangan pada sinus, anda akan mengalami kesakitan yang dahsyat. Ini adalah kerana beberapa jangkitan dan boleh menyebabkan tekanan yang boleh dirasa pada pipi, dahi dan mata ada juga yang menyebabkan demam.

Rawatan:

Minum air suam dengan banyak kerana ia akan membuka ruang sinus. Anda perlu mengambil banyak sumber vitamin C, minum teh hijau dan makanan sumber antioksida. Anda juga boleh menekan kawasan yang sakit itu dengan mampatan sejuk atau panas, minum sup, halia segar dan akan menghilangkan kesakitan dan keradangan dengan cara ini.

2. Sakit kepala tekanan

Sakit kepala yang sering berlaku ini selalunya didatangi dengan sakit leher dan di dahi. Kesakitan ini juga boleh berlaku pada kawasan atas mata. Ini boleh menyebabkan muntah-muntah dan loya kerana tekanan dan kontraksi otot pada kulit kepala dan leher.

Rawatan:

Tambahkan beberapa titik minyak mint dalam teh halia untuk menghilangkan kesakitan. Kemudian sapukan minyak mint pada garisan rambut untuk melegakan dan merilekskan otot kepala. Teh halia juga dapat menghilangkan keradangan.

3. Sakit kepala kluster

Sakit kepala jenis ini selalunya terasa pada mata dan terjadi pada golongan wanita sahaja. Ini boleh berlaku secara tiba-tiba dan pada sebelah bahagian kepala sahaja. Anda mungkin merasakan beberapa isu pernafasan seperti hidung berair dan banyak lagi. Ini adalah kerana laluan saraf diaktifkan dalam otak.

Rawatan:

Tambahkan krim capsaicin dengan sedikit cili cayenne. Letakkan pada hujung hidung.

4. Migrain

Ini selalunya terjadi di antara usia 25- 55 tahun. Hampir 38 million manusia mengalami migrain dan ini adalah sakit kepala tipikal dan mempunyai tanda-tanda neurologikal. Sakit kepala migrain selalunya terjadi pada sebelah bahagian kepala sahaja dengan kesakitan yang berdenyut-denyut. Sakit kepala jenis ini selalunya didatangi dengan kepeningan, loya, muntah, sensitiviti terhadap cahaya, sentuhan, penglihatan, gangguan, deria hidu dan sensitif yang lain, denyutan di wajah dan banyak lagi. Tanda sakit kepala ini boleh bermula dari atas kepala dan turun ke bawah.

Rawatan:

Ramai pesakit migrain dapat melihat perubahan setelah mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3, vitamin B12 dan magnesium. Ringkasnya dengan memakan buah epal dapat menghilangkan sakit kepala migrain.

Dengan memakan banyak makanan-makanan yang berkhasiat dapat menghilangkan sakit kepala dan migrain. Menurut kajian santitifik pada tahun 2011, senaman aerobik dapat juga menghilangkan sakit kepala. Apa kata selepas ini dari terus menelan ubat cuba lakukan sedikit senaman ringan.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy