Makan pisang sewaktu kehamilan adalah terbaik kerana buah ini mempunyai nutrien dan mineral yang penting untuk bayi.

Tapi tahukah anda, jantung pisang juga baik untuk ibu hamil tambahan lagi jantung pisang dikatakan sebagai makanan super untuk ibu hamil.

Walaupun jantung pisang tidak tidak berapa terkenal lebih-lebih lagi sebagai makanan super untuk ibu hamil namun dengan memakan jantung pisang sewaktu hamil dapat memberi banyak kelebihan dan kebaikan.

1. Mengelakkan kekurangan vitamin

Jantung pisang lengkap dengan nutrien dan vitamin yang membantu memberikan bayi sepenuh vitamin dan nutrien yang diperlukan. Jadi bayi tidak akan lahir dengan mengalami kekurangan vitamin. Bukan hanya pada bayi, nutrien yang terdapat pada jantung pisang juga diperlukan untuk ibu. Salah satunya kaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksida.

2. Meningkatkan penghasilan susu ibu

Jantung pisang dimakan sewaktu kehamilan untuk mempertingkatkan penghasilan susu ibu sesudah melahirkan anak nanti.

3. Mengurangkan morning sickness

Setiap ibu hamil pasti mengalami morning sickness dan keadaan ini sangat tidak selesa. Dengan memakan jantung pisang dapat membantu melawan loya dan muntah-muntah yang ibu hamil alami.

4. Merawat anemia

Pengambilan zat besi dapat mengurangkan atau mengelak dari terjadinya anemia. Jantung pisang kaya dengan zat besi yang sangat bagus untuk merawat anemia.

5. Merendahkan tahap gula dalam darah

Salah satu isu biasa semasa kehamilan adalah peningkatan gula dalam darah yang dialami oleh ibu-ibu hamil dan menjadikan mereka seperti pesakit diabetis. Untuk mengelakkan dan merawat keadaan ini, ibu hamil boleh memakan jantung pisang untuk mengurangkan pengambilan gula setiap hari.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy