Wanita sememangnya takut dengan kemunculan uban, dan akan lakukan apa sahaja untuk mengelakkan dari menghadapi tanda-tanda penuaan ini.

Sudah tentu wanita ingin selalu kelihatan muda, menarik dan cantik. Untuk itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelak dari terjadinya uban.

Jika anda tergolong dari wanita seperti ini, anda bileh cuba petua ni. Petua ini sepenuhnya semulajadi dan akan membantu anda menghilangkan uban dengan segera.

Bahan-bahan:

  1. Kentang – 6 biji
  2. Air – 6 liter
  3. Tuala bersih
  4. Shampoo dan pelembap
  5. Mangkuk besar
  6. Penapis
  7. Botol shampoo kosong
  8. Pan besar

Cara-cara:

Bersihkan dan kupas kentang. Jangan buang kulitnya.

Letakkan kulit kentang di dalam pan besar dan tambahkan air. Rebuskan bahan ini selama satu jam.

Biarkan sejuk dan tapis air tersebut. Masukkan air rebusan kulit kentang itu di dalam botol shampoo kosong.

Anda perlu mencuci rambut terlebih dahulu sebelum melakukan petua ini. Selepas membilas rambut anda dari shampoo, anda cuci rambut dengan menggunakan air rebusan kulit kentang tadi dan sambil itu urut-urut rambut anda.

Jangan bilas rambut anda. Biarkan sahaja ia kering dengan air rebusan kulit kentang tadi. Ulang proses ini sehingga tiga kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang terbaik!

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy