Beberapa kumpulan saintis dari Universiti Michigan telah mendapat kesimpulan bahawa gabungan biji lada hitam dan kunyit boleh dijadikan sebagai perlindungan yang terbaik dalam melawan kanser payudara.

Apa yang lebih menarik adalah gabungan yang sama boleh membantu pesakit kanser payudara.

Walaupun kunyit adalah herba perubatan yang sangat terbaik, apabila dimakan tubuh badan kita tidak mampu menyerap kesemua nutrien dengan sepenuhnya kerana metabolismanya yang cepat di dinding usus dan hati.

Walaubagaimanapun, lada hitam mempunyai kelebihan untuk meningkatkan tahap penyerapan curcumin sehingga 200%. Ini bermakna gabungan dua bahan hebat ini dapat melindungi tubuh badan dari jangkitan, keradangan dan kanser!

Khasiat lada hitam dan kunyit untuk kesihatan

1. Mengurangkan keradangan dan kesakitan

Curcumin dan piperine adalah dua bahan aktif yang ditemui dalam herba ini dan ia mempunyai kelebihan untuk memberi kesan terhadap 700 gen yang berbeza. Tambahan lagi ia boleh menghalang sintesis dan keseluruhan aktiviti 5-LOX (5-lipo-oxygenase) dan (COX2) cyclo-oxygenase-2 dan aktiviti beberapa enzim yang berbeza yang berkaitan dengan keradangan.

2. Gabungan anti-kanser yang kuat

Ada beberapa kajian menyimpulkan yang kompaun aktif terdapat dalam lada hitam yang dikenali sebagai piperine menjadikan kompaun aktif dalam kunyit, curcumin 1000 kali lebih mudah diserap.

Selain itu beberapa kajian lagi mempunyai kepastian yang curcumin merupakan anti-kanser yang sangat berkuasa. Namun jika tiada kehadiran piperine, kebolehan penyerapan kunyit sangat rendah.

Jurnal Kajian dan Rawatan Kanser Payudara yang popular sudah mengeluarkan kajian di mana saintis mampu menunjukkan kecekapan penggabungan lada hitam dan kunyit dalam melawan dan menghapuskan sel kanser.

3. Terbaik dalam melawan depresi

Bahan aktif dalam lada hitam dan kunyit mempunyai fungsi anti-depresi yang kuat. Ia dapat meningkatkan tahap dopamine dan serotonin dalam otak dan menghalang aktiviti mono-amine oxidase. Enzim ini dikatakan mempunyai kaitan dengan depresi apabila tahapnya tinggi.

4. Menyokong pengurangan berat badan

Lada hitam dan kunyit juga boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Lada hitam yang kaya dengan piperine yang merupakan bahan yang menghasilkan haba. Dalam kata lain ia mempercepatkan metabolisme dan meningkatkan jumlah kalori yang terbakar secara semulajadi. Ada beberapa saintis mengatakan yang gabungan ini boleh memberikan rasa kenyang. Kunyit dan lada hitam boleh digunakan sebagai bahan tambahan dalam hampir kesemua masakan dan ada juga yang gunakan sebagai bahan tambahan smoothies dan jus sayuran.

Dos yang disarankan:

1/2 sudu kecil serbuk kunyit dan 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam. Mudah sahaja dengan memasukkan dalam mulut anda ataupun boleh tambah di dalam air minuman anda. Sekali pada waktu pagi dan tengahari.

Sumber: Living Traditionally

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy