Adakah anda salah seorang dari peminat minuman ni?

Lai, pakar diet dari Seremban memberitahu yang satu cawan biasa boba tea mengandungi jumlah gula yang membimbangnya iaitu sebanyak 20 sudu kecil gula.

Ini bersamaan 400 ke 600 kalori. Lai menegaskan yanh pengambilan gula secara berlebihan akan meningkatkan perkembangan penyakit seperti obesiti, diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Tambahan lagi menurut World Health Organisation (WHO), pengambilan gula yang disarakan bagi lelaki adalah sebanyak 9 sudu kecil gula dan bagi wanita adalah sebanyak 6 sudu kecil gula. 1 sudu kecil mengandungi 5 gram gula.

Penyakit yang disebutkan sebelum ini mula berlaku pada golongan muda dan apa yang kita makan menjadi subjek kebimbangan. Lebih-lebih lagi tubuh kita tidak boleh memproses kesemua gula tersebut, yang akhirnya akan menjadi lemak dan menyebabkan peningkatan berat badan.

Mengetahui betapa sukarnya untuk menolak minuman boba tea yang sedap ini, Lai mengesyorkan untuk hanya meminum dalam dua kali sebulan sahaja.

Rasa artikel ini bermanfaat? Silakan share dan jangan lupa like Daily Sihat

Dilarang copy