Uban bukan sahaja disebabkan oleh penuaan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan uban termasuklah stress dan pengambilan nutrien yang tidak mencukupi.

Dalam artikel ini salah satu nutrisi untuk mengurangkan uban akan dijelaskan. Anda akan tahu kebaikan dan khasiat biji bijan hitam untuk uban yang sememangnya sebagai sumber nutrien yang bagus.

Khasiat biji bijan hitam

Tradisi orang Cina dan India dalam kaedah perubatan tradisional sudah lama menggunakan biji bijan hitam untuk kesihatan kulit dan rambut kerana biji bijan hitam ini adalah sumber mineral yang sangat baik. Ini beberapa khasiat biji bijan hitam untuk uban dengan pengambilan harian atau dengan menyapu sedikit minyak bijan hitam pada rambut.

1. Makanan anti-penuaan

Ada kajian menunjukkan yang biji bijan hitam mempunyai antioksidan semulajadi seperti sesamin, sesamolin dan sesamol yang sangat membantu melawan kesan penuaan. Ia juga bagus untuk mengurangkan kesan penuaan pramatang seperti uban. Antioksidan juga mengelakkan kerosakan sel dan melawan punca uban.

2. Menyuburkan rambut

Untuk menyuburkan rambut kita perlu mengambil makanan yang diperlukan untuk memberi nutrisi mencukupi pada rambut. Dengan mengambil biji bijan hitam setiap hari dapat membekalkan kita dengan mineral dan vitamin yang baik seperti copper, manganese, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, vitamin B1, selenium dan antioksida.

3. Menggalakkan pertumbuhan rambut sihat

Bukan hanya membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh rambut, biji bijan hitam juga boleh menggalakan pertumbuhan rambut baru dan sihat. Biji bijan hitam sangat baik untuk menstimulasikan pertumbuhan rambut. Jadi anda tidak perlu risau mengenai kebotakkan dan uban lagi!

Memperbaiki pengaliran darah

Dengan pengambilan secara kerap, biji bijan hitam juga mampu mempertingkatkan kesihatan kardiovaskular. Ia akan menggalakan pengaliran darah dalam tubuh badan dengan lebih baik. Seperti yang kita tahu, darah memberikan nutrisi pada rambut kita, pengaliran darah yang baik bermakna rambut akan menerima nutrien yang lebih banyak. Bukan hanya baik untuk rambut, ia baik untuk kulit kepala juga.

5. Mengekalkan warna asal rambut

Salah satu khasiat biji bijan hitam yang sangat menakjubkan adalah kemampuan biji bijan hitam dalam mengekalkan warna rambut. Biji bijan hitam menggalakkan aktiviti melanocyte yang menghasilkan melanin. Melanin adalah pigmen yang bertanggungjawab dalam memberikan warna pada rambut kita.

6. Mengelakkan kerosakan rambut

Rambut yang rosak juga boleh menyebabkan penuaan pra matang. Dalam kes ini anda patut menutrisikan rambut anda secara luaran dan juga dalaman. Anda boleh gunakan biji bijan hitam sebagai masker untuk rambut anda. Ia akan mengekalkan kelembapan pada rambut anda dan mengelakkan kerosakaan pada rambut.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy