Rata-rata dari kita mesti perlukan kipas untuk tidur bukan? Lebih-lebih lagi suhu panas dan tiada penghawa dingin.

Tapi katanya tidur dengan kipas yang terbuka ini merbahayakan? Kenapa?

Menurut Live Science:

“Apa sahaja yang menyebabkan pergerakan udara yang laju termasuklah kipas boleh menyejatkan kelembapan dari mulut dan laluan pernafasan anda dan menjadikan ia kering. Kipas juga boleh mengedarkan habuk yang mengganggu seseorang yang mempunyai alergi bawaan angin.”

Apabila kipas menggerakkan udara di sekeliling bilik, ia mudah menyebabkan habuk dan polen masuk ke dalam sinus anda. Jadi jika anda asma, demam hay atau alergi angin ini boleh memudaratkan anda.

Bagi sesiapa yang tidur dengan mata sedikit terbuka, tidur dengan membuka kipas juga memudaratkan kerana mata mereka akan mengering dan boleh meradang.

Udara yang sejuk juga boleh menyebabkan kontraksi otot, jadi pendedahan kepada udara sejuk pada waktu walam akan menyebabkan ketegangan otot leher pada waktu pagi.

Rasa artikel ini memanfaatkan? Sila share dan jangan lupa like Daily Sihat

Dilarang copy