Kekacang dan biji dikatakan makanan super untuk kesuburan.

Salah satunya adalah biji labu yang
merupakan sumber nutrisi yang terbaik untuk meningkatkan kesuburan kaum lelaki

Gambar: India MART

Biji labu samgat kaya dengan protein, vitamin E, asid lemak omega 3 dan mineral. Kompaun-kompaun ini adalah sebab utama kenapa biji labu sangat berkhasiat buat lelaki. Berikut merupakan khasiat biji labu untuk sperma:

1. Kandungan magnesium yang menakjubkan

Salah satu mineral yang penting untuk sperma yang baik dan sihat adalah magnesium. Magnesium yang juga dikenali sebagai mineral anti-tekanan yang juga mampu mengawal tekanan darah dan membantu kaum lelaki mempunyai kualiti tidur yang lebih baik.

2. Sumber lemak omega 3

Untuk menghasilkan kualiti sperma yang bagus, lelaki memerlukan pengambilan lemak omega 3 yang mencukupi. Ikan seperti salmon juga dikenali sebagai sumber omega 3 yang baik.

Dengan memakan biji labu yang juga sumber omega 3, ia dapat membolehkan tubuh anda menghasilkan hormon yang lebih seimbang. Ia juga meningkatkan kesihatan pada lelaki secara menyeluruh.

3. Mengekalkan pengambilan zat besi

Seperti yang kita tahu zat besi merupakan booster kesuburan buat lelaki. Dengan hanya memakan biji labu, anda sudah boleh menerima jumlah zat besi yang bagus. Kandungan zat besi yang tinggi dalam badan adalah berkesan untuk meningkatkan kualiti sperma.

4. Kaya dengan antioksida

Antioksida bertindak sebagai perisai untuk radikal bebas. Radikal bebas sangat merbahaya untuk kesihatan kita termasuklah kesihatan kaum lelaki. Memakan makanan yang tinggi kandungan antioksida seperti biji labu dapat meningkatkan kesihatan lelaki. Ia juga membantu menghasilkan sperma yang tinggi kualitinya.

5. Meningkatkan kesihatan prostat

Kesihatan prostat dan kualiti sperma sangat berkait rapat. Dengan memakan biji labu dapat membantu lelaki yang mengalami benign prostatic hyperplasia  atau (BPH).

Kondisi ini disebabkan oleh pembesaran kelenjar prostat. Beberapa kajian mengesahkan yang selain membantu lelaki yang mengalami BPH, pengambilan biji labu juga membantu kaum lelaki yang mengalami pengeluaran air kencing yang kerap (overactive bladder)

6. Meningkatkan jumlah sperma

Pengambilan biji labu secara berterusan bukan sahaja membantu mengelakkan dari terjadinya ketidakfungsian erektil, ia juga meningkatkan kualiti dan jumlah sperma. Kelebihan ini disumbangkan ikeh protein, asid lemak omega 3, zat besi, magnesium dan vitamin E yang ada pada biji labu. Jadi anda sangat perlukan biji labu jika anda dan pasangan anda merancang untuk mendapatkan bayi.

7. Meningkatkan pergerakan sperma

Kualiti sperma yang bagus juga memerlukan motiliti yang bagus atau keupayaan untuk bergerak. Tanpa motiliti yang bagus, agak sukar untuk sperma berenang, menghampiri dan menyuburkan sel ovum dalam organ reproduktif wanita. Dalam kes ini, pengambilan biji labu dengan mineral, protein dan vitaminnya yang bagus itu dapat meningkatkan pergerakan sperma.

8. Meningkatkan jumlah semen

Selain kualiti, jumlah dan motiliti, kaum lelaki juga memerlukan jumlah minimum semen. Jumlah minimum semen diperlukan untuk membawa sperma melalui saluran reproduktif wanita dan mencapai sel ovum wanita. Nutrisi yang terdapat pada biji labu membolehkan organ reproduktif lelaki untuk menghasilkan jumlah semen yang bersesuaian.

Gambar: Andrew Zimmern

Jika anda dan pasangan sedang cuba untuk mendapatkan anak, apa kata anda tambahkan biji labu dalam diet harian anda.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy