Menurur pakar, ibu bapa seharusnya membiarkan sahaja anak-anak menangis sebelum memujuk dan menyuruh mereka diam.

Dr. Sazini Nzula, seorang Special Needs Parenting Consultant dan Certified QST Specialist berkata,

“Saya berkata mengenai sesetengah jenis tangisan; tangisan yang datang dari kesedihan, kekecewaan dan bukannya dari kesakitan fizikal.

“Ramai ibu bapa mengalami kesukaran dalam membiarkan anak-anak mereka yang memerlukan penjagaan istimewa untuk menangis. Mereka merasakan yang anak mereka sudah menghadapi banyak perkara dan kenapa mereka perlu bersedih apabila mereka sebagai ibu bapa boleh lakukan sesuatu mengenainya.

“Ini selalunya melibatkan pujukan seperti memberikan anak tersebut ganjaran, bermain dengan anak tersebut, mengangkat dalam keadaan panik dan memujuk supaya anak itu berhenti menangis.”

Membiarkan anak-anak mengekspresikan emosi mereka adalah baik untuk mereka, kongsi Dr Sazini.

 “Manusia mampu mengekspresikan pelbagai perasaan dan emosi. Setiap satu emosi ini penting dan ada tujuannya. Tiada emosi baik atau buruk; tidak mempunyai nilai intrinsik hanya satu tujuan.

“Bagi beberapa sebab, kita sebagai masyarakat memutuskan yanh beberapa empsi seperti kegembiraan, keseronokkan dan kasih sayang adalah contoh emosi yang baik manakala kesedihan, kemarahan dan ketakutan adalah emosi yang buruk. Kita sepatutnya menggalakkan  anak-anak kita untuk mengekspresikan semua emosi yang kita putuskan yang baik dan tidak menggalakkan emosi yang buruk.

Semua anak-anak kecil sepatutnya merasa sedih dan menangis setiap masa kerana terlalu banyak perkara yang mereka tidak dapat kawal. Terlalu banyak sehingga ianya sesuatu yang mengecewakan lebih-lebih lagi mereka masih belum mampu memgekspresikan diri mereka dengan sepenuhnya. Untuk anak-anak yang memerlukan penjagaan khas, tempoh ini boleh dipanjangkan sedikit. Apabila mereka menangis, sudah tentu hati kita terdetik sedikit dan kita ingin melakukan sesuatu yang baik untuk mereka. Sebagai ibu bapa kita semestinya ingin menggembirakan anak-anak kita bukan disebaliknya.

Menurut Dr Sazini lagi,

“Walaubagaimanapun apabila kita menghentikan anak-anak kita dari mengekspresikan kesedihan mereka, kita seakan mengatakan yang bersedih itu sesuatu yang tidak elok. Tapi tidak…  Dengan menghalang mereka menangis, kita sebenarnya menghalang perkembangan emosi anak-anak kita. Tidak kira walaupun dilakukan kerana sayangkan anak, ianya masih satu perbuatan yang mengurangkan keupayaan anak-anak.

Jadi ya, ibu bapa parut biarkan sahaja anak mereka menangis sepuas-puasnya. Ini sangat baik untuk mereka dan anak-anak mereka di kemudian hari.

Seperti yang disimpulkan oleh Dr Sazini,

“Anda lakukan tugas anda dengan baik sebagai ibu bapa jika anda biarkan anak-anak anda merasai pengalaman spektrum penuh dalam menjadi manusia. Anda membantu mereka berkembang secara emosi. Jadi, biarkan sahaja mereka menangis!”

Rasa artikel ini bermanfaat? Silakan share dan jangan lupa like Daily Sihat

Dilarang copy