makan ubi kayu kembar

Betul Ke Kalau Selalu Makan Ubi Kayu Boleh Dapat Anak Kembar?

“Teringin betul nak anak kembar. Comel tengok mereka membesar berdua, mesti seronok. Tapi, adakah petua dapat anak kembar walaupun kita tiada genetik kembar?”

Jika diikutkan secara logiknya, kebarangkalian untuk seseorang yang tiada langsung genetik kembar untuk mendapat anak kembar tentulah lebih rendah berbanding mereka yang ada susur-galurnya. Selain itu, mereka yang lebih tinggi, berbadan gempal, dan melalui rawatan kesuburan IVF adalah lebih berpotensi untuk kehamilan kembar.

Namun, jika mengikut kajian sains, setiap wanita mempunyai potensi untuk mendapat anak kembar.

Melahirkan anak merupakan impian buat pasangan yang sudah berkahwin. Malah, ada yang mendambakan anak perempuan mahupun lelaki. Namun, ada pula yang mengharapkan mempunyai anak kembar kerana anak kembar dianggap lucu dan menyenangkan. Tapi seperti yang kita ketahui, peluang untuk memiliki anak kembar tidaklah tinggi.

Hanya orang-orang tertentu dan beruntung sahaja yang mampu mendapatkan an4k kembar. Walaupun demikian, bukan bererti impian para pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak kembar terus musnah.

Ada pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk meningkatkan kemungkinan ini. Salah satunya adalah dengan makan makanan berasaskan ubi kayu. Makanan berasaskan ubi kayu dipercayai mampu meningkatkan peluang mendapatkan anak kembar sehingga 50%.

Hal ini kerana ubi kayu mengeluarkan hormon GnRH. Hormon GnRH ini mampu menipu otak menganggap kurangnya estrogen dalam tubuh. Otak akan mengeluarkan gonadotropin yang mampu meningkatkan ovulasi, memetik portal TribunStyle.com.

Bukan hanya ubi kayu, makanan seperti olahan susu untuk diet, makanan mengandungi folat, inti buah nanas dan kekacang juga dipercayai mampu meningkatkan kemungkinan hamil bayi kembar.

Jika anda perhatikan, sesetengah produk menggunakan ubi-ubian (cassava) dalam membantu meningkatkan kesuburan dan kehamilan kembar. Ini kerana, ia diamalkan dalam diet sebuah suku Afrika yang mempunyai kadar kehamilan kembar yang sangat tinggi hingga digelar ‘Land of Twins’.

Setelah dikaji, nutrisi dalam ubi-ubian dapat merangsang ovari untuk memproduksikan lebih daripada 1 sel telur semasa proses ovulasi.

Rasa artikel ini bermanfaat? Silakan share dan jangan lupa like Daily Sihat

Dilarang copy