Berapa kerap anda mencuci rambut? Setiap hari atau selang dua ke tiga hari?

Pernah tak anda terfikir yang dengan mengurangkan kekerapan mencuci rambut dapat menggalakkan kecantikan dan kesihatan rambut?

Gambar: Cleveland Clinic Health Essentials

Ya betul itu anda tidak salah baca, sebenarnya banyak kelebihannya sekiranya anda tidak mencuci rambut selama dua minggu. Anda mungkin rasa lucu tapi sebenarnya banyak kelebihannya yang anda tidak tahu. Berikut merupakan kelebihan sekiranya anda tidak mencuci rambut selama dua minggu:

1. Mengelakkan kulit kepala kering

Mencuci rambut dengan kerap sebenarnya lebih memudaratkan dari memberi kelebihan. Tambahan lagi rupa-rupanya individu yang kerap memcuci rambut untuk menghilangkan minyak berlebihan pada rambut sebenarnya menghasilkan lebih banyak minyak.

2. Menggalakkan kulit kepala yang sihat

Ini bergantung kepada individu. Sebagai contoh jika anda mempunyai rambut yang tersangat kering, jadi anda boleh mencuci rambut selang seminggu atau dua minggu. Selain itu, sekiranya anda mempunyai rambut yang berminyak, anda perlu mencucinya dengan kerap.

3. Menggalakkan tekstur rambut

Anda boleh menggalakkan tekstur rambut dengan seberapa kerap anda mencuci rambut anda. Ia akan menggalakkan berapa cepat sebum semulajadi pada rambut berfungsi dari akar sehinggalah ke hujung rambut anda. Jika anda mempunyai rambut kerinting yang memperlahankan pergerakan sebum, anda mungkin perlu mencuci rambut anda seminggu sekali sahaja. Jika rambut anda lurus, anda boleh mencuci rambut dua kali dalam seminggu.

4. Menggalakkan kejelasan tekstur rambut

Bagi anda yang mempunyai rambut kerinting, anda boleh cuba untuk tidak mencuci rambut selama dua minggu. Rambut anda akan lebih lembut dan lebih kemas kerintingnya. Ya memang betul rambut kerinting mudah untuk kering, jadi dengan tidak mencucinya dengan kerap akan menggalakkan rambut yang subur dan lembap.

5. Menggalakkan warna rambut

Jika anda mencuci rambut setiap hari, warna semulajadi rambut akan pudar. Semakin banyak anda cuci, semakin pudar warnanya. Tambahan lagi jangan mencuci rambut dengan menggunakan air suam kerana ia akan membuatkan kutikel rambut terbuka dan menyebabkan warna rambut akan hilang.

6. Menghasilkan minyak semulajadi pada rambut

Sebenarnya rambut anda perlu untuk menghasilkan minyak semulajadi. Jika anda mencuci rambut dengan kerap, minyak semulajadi tersebut akan hilang dan inilah yang menyebabkan rambut anda kering dan mengerbang.

7. Melembapkan rambut

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, minyak semulajadi dihasilkan oleh rambut untuk melembapkan rambut. Dengan mencuci rambut dengan kerap akan menghilangkan minyak yang baik ini.

8. Rambut lebih bersinar

Oleh kerana rambut anda sentiasa lembap dengan hadirnya minyak semulajadi itu, sudah tentu rambut anda akan bersinar. Perasan tak bila rambut kering akan kelihatan pudar dan tiada serinya?

9. Rambut lebih kuat

Individu yang mempunyai rambut kerinting tidak perlu mencuci rambut dengan kerap. Jika mencuci rambut dengan kerap, akan membuatkan minyak semulajadi pada rambut berkurangan, rambut menjadi kering dan rapuh.

Kelebihan ini sebenarnya bergantung kepada jenis rambut anda. Sekiranya rambut anda sihat, lembap dan berminyak anda tidak perlu tunggu 2 minggu untuk mencuci rambut. Kelebihan ini lebih kepada individu yang mempunyai rambut kering dan rosak dan kerinting.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy