Jika anda pernah mendengar mengenai rempah emas iaitu kunyit, maka anda juga pernah mendengar mengenai susu emas.

Kredit gambar: Spoonful Of Flavor

Susu emas adalah susu yang dicampurkan dengan kunyit. Minum susu emas adalah salah satu cara paling berkesan untuk merawat beberapa masalah kesihatan. Berikut merupakan khasiat susu emas:

BACA JUGA: Resipi susu emas

1. Boleh membina imuniti

Tidak kira untuk golongan kanak-kana mahupun dewasa. Susu emas dikatakan tonik yang berkuasa dalam mencegah penyakit kerana mempunyai fungsi anti-bakteria dan anti-kuman.

2. Melegakan batuk dan selesema

Sudah betahun-tahun lamanya kunyit digunakan secara tradisional untuk merawat batuk dan selesema.

3. Penyakit respiratori

Kunyit mampu memanaskan badan anda dari dalam jadi akan memberikan kelegaan dari hidung tersumbat dan dada terasa berat.

4. Masalah penghadaman

Susu emas dapat meningkatkan penghadaman yang membantu mengeluarkan angin berlebihan, kekembungan perut, pedih ulu hati dan reflux asid.

5. Diabetes

Kunyit dapat mengimbangkan tahap gula dalam darah. Ia juga mempunyai indeks anti-glisemik yang tinggi untuk membantu mengekalkan fungsi pankreas dan mengawalselia tahap insulin

6. Mencegah kanser

Kajian mengatakan kunyit mempunyai fungsi anti-kanser. Ia dapat mencegah dari terjadinya kander payudara, kanser prostat kanser paru-paru, kanser kolon dan kanser kulit. Ia bertindak dengan tidak membenarkan sel kanser dari merosakkan DNA.

7. Pembersih darah yang bagus

Pakar mempercayai bahawa pembersihan darah dan detoks adalah salah satu cara untuk kekal sihat. Susu emas dapat membersihkan darah dan detoks.

8. Kulit lebih berseri, bersih dan cerah

Kunyit sangat bagus untuk kulit anda. Ia dapat meningkatkan seri wajah anda dari dalam. Susu emas dapat memberikan kulit anda lebih lembut, menghilangkan kedutan dan memperlahankan proses penuaan kulit.

Susu emas berfungsi pada pigmen melanin dan menyederhanakan pengeluarannya yang menjadikan kulit anda lebih bersih dan cerah.

9. Melegakan senggugut

Susu emas mempunyai efek antipasmodik untuk melegakan kekejangan menstruasi dan kesakitan perut. Susu emas juga dikatakan dapat melancarkan proses kelahiran, membantu dalam proses pos-partum, meningkatkan susu ibu dan memberikan tidur yang lena juga.

Jika bayi anda mengalami jaundice, anda perlu mengelakkan dulu minum susu emas ini kerana kepanasan dari kunyit akan memburukkan lagi jaundice bayi.

10. Penyakit auto-imun

Penyakit auto-imun adalah satu gangguan di mana sistem imun tubuh kita menyerang tubuh kita sendiri. Anda boleh melegakan simptom penyakit ini dengan susu emas walaupun anda masih perlu menjalani rawatan kekal untuk penyakit ini.

Susu emas dapat melegakan masalah penghadaman, masalah kulit dan sendi yang sering terjadi pada pesakit yang mengalami penyakit ini.

11. Untuk tidur yang lebih lena

Susu emas merupakan minuman yang terbaik untuk tidur yang lebih lena dan merawat penyakit berkaitan gangguan tidur.

12. Mengurangkan berat badan

Seperti yagn dijelaskan sebelum ini susu emas sangat terbaik dalam detoks badan jadi ia juga bagus dalam memecahkan lemak dalam badan.

13. Melegakan sakit kepala

Segelas susu emas dapat melegakan semua jenis sakit kepala  seperti migrain, sakit kepala disebabkan hidung tersumbat atau stress.

14. Meningkatkan kesihatan reproduktif wanita

Susu emas mempunyai hormon yang lembut yang dapat meningkatkan kesihatan reproduktif. Ia mengandungi beberapa phytoestrogen yang sememangnya penting untuk kesihatan wanita.

15. Menggalakkan kesihatan tulang

Selain susu yang sememangnya baik untuk tulang, kunyit juga kaya dengan kalsium. Setiap 100gram kunyit mengandungi 180gram kalsium. Jadi susu emas sememangnya minuman yang terbaik untuk tulang anda.

Rasa artikel ini bermanfaat? Silakan share dan jangan lupa like Daily Sihat

Dilarang copy