Terdapat sebab kenapa rempah ini merupakan rempah ketiga yang termahal di dunia (saffron pertama dan kedua adalah vanila), buah pelaga sering digunakan dalam masakan.

Buah pelaga boleh ditemui dalam bentuk serbuk atau keseluruhan buahnya.

Gambar” Strongwater

Selalunya biji buah pelaga digunakan untuk ulser mulut, depresi dan masalah sistem pencernaan. Ia juga dikatakan mempunyai khasiat untuk melawan kanser.

Ini merupakan khasiat buah pelaga yang penting untuk kesihatan kita dan dibuktikan oleh kajian saintifik:

1. Anti-Karcinogenik

Ia terbaik bagi individu yang terdesak mencari alternatif untuk merawat kanser. Penyelidik menemui bahawa buah pelaga tidak berupaya untuk menyembuhkan kanser, tapi ia mengandungi fungsi anto-karcinogenik yang berjaya menghalang kanser. Lebih-lebih lagi kanser kolon.

2. Kesihatan kardiovaskular

Sekumpulan penyelidik di Jabatan Pharmacology  dan Pharmaceuticals di Universiti Raja Saud di Arab Saudi menemui yang dengan memakan buah pelaga membantu seseorang itu mengawal hipertensi. Buah pelaga juga dapat mengurangkan degupan jantung dan membuatkan degupan lebih seimbang.

3. Anti-depresi

Rempah ini bukan sahaja berguna dimakan. Minyak esensial yang diperbuat darinya juga boleh digunakan dalam aromaterapi. Sudah disahkan yang ia dapat membantu dalam depresi dan gangguan lain seperti sakit perut dan masalah pernafasan.

4. Rawatan masalah urinari

Perubatan ayurvedic sudah menakan buah pelaga sebagai rawatan untuk penyakit yang menyerang saluran urinari seseorang.

5. Berkesan melawan jangkitan

Sudah didapati yang minyak buah pelaga dapat menghalang bakteria dan mikrob yang menyebabkan penyakit. Ini bermakna buah pelaha dapat digunakan untuk melawan penyakit yang berpotensi membawa maut.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy