Berdengkur sememangnya sangat menganggu namun ia tidaklah merbahayakan.

Kredit Gambar: The Active Times

Walaubagaimanapun, jika anda ingin menenangkan teman sebilik anda dari gangguan dengkuran anda, terdapat beberapa perubahan yang anda boleh tambahkan dalam rutin tidur anda.

Pil tidur contohnya hanya membuatkan dengkuran bertambah buruk sama seperti nikotin dan alkohol menurut Germany’s Federal Centre for Health Education.

Namun dengan bangun dan tidur pada waktu yang sama setiap hari dapat membantu mengurangkan dengkuran yang anda alami.

Pakar mengesyorkan untuk meminum secawan susu panas atau teh herba sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang lebih lena.

Mandian air suam, senaman ringan dan bagi suami isteri hubungan sebelum tidur juga dapat meningkatkan kualiti tidur anda.

Ini adalah kerana aktiviti yang disebutkan itu melepaskan hormon oksitoksin, yang menghalang hormon stress iaitu cortisol.

Lelaki pertengahan umur atau lebih tua lebih mudah untuk berdengkur berbanding wanita yang usia seangkatan dengannya. Menurut kajian wanita lebih mudah berdengkur setelah mencapai menopos.

Dalam kes yang jarang berlaku, berdengkur merupakan tanda gangguan tidur yang serius iaitu sleep apnoea.

Tidak seperti berdengkur, sleep apnoea boleh mengganggu kualiti tidur seseorang sehingga membuatkan mereka sangat keletihan pada siang hari.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy