Adakah idea mengambil supplemen semulajadi untuk meningkatkan imuniti menarik perhatian anda?

Jika ya, anda pasti terkejut setelah mengetahui kesan sampingan spirulina.

Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana makanan super ini membahayakan anda, bagaimana ia boleh menyebabkan toksin masuk ke dalam tubuh yang sihat dan banyak lagi kesan sampingan yang memudaratkan.

Sebelum itu, apa bendanya spirulina ini?

Spirulina adalah mikroalgae filamen bebas yang hidup di dalam air beralkali. Oleh kerana nilai nutriennya yang sangat tinggi, spirulina diambil sebagai makanan selama berabad-abad lamanya di Afrika Tengah.

Kini ia digunakan meluas sebagai makanan tambahan nutraceutical seluruh dunia. Ia dikeluarkan dalam bentik serbuk, kepingan atau tablet untuk beberapa khasiat untuk kesihatan.

Serbuk dan kepingan spirulina selalunya ditambahkan pada jus buah-buahan dan smoothies. Ia dapat memberikan kesan mudarat kepada kesihatan anda sekiranya ia tidak diambil mengikut dos yang sesuai.

Apakah kesan sampingan spirulina?

1. Memburukkan lagi Phenylketonuria

Phenylketonuria adalah kondisi di mana psakitan tidak mampu memetabolisme kan asid amino yang dipanggil phenylalanine kerana kurangnya enzim yang bernama phenylalanine hydroxylase.
Pesakit akan mengalami simptom seperti perkembangan yang lambat, konvulsi, hyperaktif dan kekurangan upaya analitik. Malangnya spirulina adalah sumber phenylalanine yang sangat tinggi.

2. Menguatkan lagi simptom penyakit autoimun

Penyakit autoimun terjadi apabila sistem imun menyerang tisu sihat dalam tubuh anda lalu menyebabkan kerosakan organ dan keradangan.

Arthritis, asma, periodonititis, vitiligo, diabetis jenis 2, sclerosis banyak, psoriasis dan pernicious anemia adalah beberapa contoh penyakit autoimun.

Spirulina sudah tentu bahan asing dalam tubuh anda. Apabila anda mengambilnya, tubuh anda bertindak secara berlebihan dan meningkatkan aktiviti sistem imun. Ini secara tidak langsung menguatkan lagi simptom penyakit yang sudah ada atau memburukkan lagi keradangan yang ada.

3. Mengganggu kesan ubat

Spirulina merengsakan sistem imun tubuh anda. Ia boleh mengganggu ubat-ubatan lebih-lebih lagi immunosuppressants.
Individu yang mengambil ubat immunosuppressant seharusnya tidak mengambil spirulina.

4. Merisikokan ketoksikkan bahan logam berat

Beberapa jenis spirulina yang dikeluarkan tanpa tetapan yang tidak dikawal seringkali dijangkiti beberapa kesan logam berat seperti merkuri, cadmium, arsenik dan plumbum.

Pengambilan spirulina yang berterusan datang dari sumber yang tidak boleh diharap boleh menyebabkan kerosakan organ penting anda seperti buah pinggang dan hati.

5. Mungkin menyebabkan gangguan renal

Tubuh kita menghasilkan jumlah ammonia yang betul untuk memetabolismsksn protein dalam spirulina yang akhirnya ditukarkan menjadi urea.

Ini membebankn tekanan pada buah pinggang untuk mengeluarkan jumlah urea yang sangat banyak dari darah, yang akhirnya menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan kegagalan renal.

Ada yang mengalami batu karang kerana kepekatan urea dalam sistem renal mereka.

6. Mencetuskan edema dan berat badan turun naik

Spirulina lengkap dengan pelbagai vitamin, protein dan mineral. Individu yang mengalami fungsi renal yang buruk tidak mampu mengeluarkan komponen yang tidak diperlukan dalam aliran darah mereka.

Salah satu mineral yang tinggi ditemui dalam spirulina adalah iodin. Sementara itu, adalah baik mengambil iodin melalui spirulina, namun pada masa yang sama ia juga boleh menyerang tiroid dan kelenjar paratiroid anda. Kesan ini lebih jelas pada individu yang mengalami hypertiroidisme.

Pengumpulan nutrien yang berlebihan bersama iodin di dalam darah akan menyebabkan edema pada anggota badan anda, ketidakseimbang kalsium, fosfate dan penyerapan iodin dan peningkatan pengurangan berat badan yang tiba-tiba, keletihan dan penyakit berkaitan kardiovaskular.

7. Ketidakselesaan pencernaan dan loya

Mengambil spirulina boleh menyebabkan kekembungan perut, menyebabkan kekejangan abdomen, loya dan anaphylaxis— lebih-lebih lagi pada individu yang mengambilnya buat kali pertama.

Spirulina mudah tercemar dengan jangkitan seperti microcystin iaitu toksin yang dihasilkan oleh alga hijau kebiruan, yang juga menyebabkan kesakitan gastrik seperti terhidrat yang teruk dan ketidakcernaan.

8. Boleh  menyebabkan kegelisahan dan penyakit neuron motor (MND)

Spirulina diambil dari sumber liar yang tidak dikawal seperti tasik, kolam dan lautan yang kotor yang mengandungi kesan toksik.

Hampir sama seperti alga hijau kebiruan yang menghasilkan bahan kimia seperti β-methylamino-L-alanine, atau BMAA, yang boleh menyebabkan penyakit neurodegenerative yang teruk seperti penyakit neuron motor (MND), amyotrophic lateral sclerosis (ALS), Alzheimer, parkinxon, dementia, kegelisahan dan insomnia.

9. Berisiko untuk wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak

Keselamatan spirulina untuk wanita hamil dan menyusukan anak tidak diteroka dengan baik. Jadi disyorkan supaya wanita ini tidak mengambil spirulina.

Bayi dan kanak-kanak juga perlu dijauhkan dari supplemen spirulina kerana mereka cepat terjadi alergi dan reaksi bersilang yang boleh membawa maut.

Kesimpulan…

Walaubagaimanapun algae seperti spirulina sangat berkhasiat kepada tubuh kita jika diambil dengan dos yang betul.

Bukan hanya dos malah sumber dari mana anda membeli supplemen juga memberi kesan kepada kesihatan anda.

Perlu diingatkan untuk memberitahu doktor anda mengenai dos dan reaksi tubuh anda kepada spirulina. Jika anda mengalami simptom yang disebutkan tadi, berhenti dari mengambil spirulina dan berjumpa doktor dengan segera.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy