Di Malaysia kes autisme baru bermula untuk diberi perhatian.

Lebih 3 juta individu di Amerika Syarikat mengalami Autism Spectrum Disorder (ASD), yang semakin meningkat saban tahun. Walaupun tanda-tanda gangguan perkembangan otak ini berbeza-beza, ini beberapa tanda yang seseorang itu mungkin mengalami autisme.

1. Mempunyai masalah komunikasi lisan

Walaupun perkembangan setiap bayi berbeza tapi sekiranya berlaku kelewatan yang sangat ketara, penting untuk mencari penilaian dari professional. Jangan sesekali melakukan diagnosis sendiri kerana masa depan bayi tersebut bergantung kepada anda ibu bapanya.

Simptom autisme yang berpotensi adalah tiada sebutan bunyi (babbling) atau tiada pergerakan ke depan dan ke belakang seperti menunjuk sesuatu, melambai (12 bulan), tiada sebutan perkataan (16 bulan) atau langsung tiada sebutan dua perkataan yang bermakna (24 bulan)

2. Mempunyai cabaran dengan timbal balik sosial

Kanak-kanak yang sihat menunjukkan perhubungan mereka dengan individu lain dengan berkongsi senyuman, pelukan dan raut wajah yang mengenali seseorang itu.

Jika anda tidak melihat senyuman atau ekspresi kegembiraan setelah berumur 6bulan ke atas, ia mungkin berpotensi simptom autisme.

Sekiranya anak anda tidak meniru bunyi, senyuman atau ekspresi wajah yang lain apabila berumur 9 bulan anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar untuk penilaian.

Hubungan mata (eye contact) juga sukar untuk dilakukan oleh anak-anak autisme ini yang akan menyukarkan kebolehan mereka untuk membaca dan meniru ekspresi wajah orang lain.

Ramai kanak-kanak yang autisme ini mempunyai kesukaran untuk mengkaitkan diri dengan orang lain jadi mereka lebih berminat dengan objek berbanding orang. Seperti contoh jika anda memberikannya bola, dia lebih fokus kepada bola dari memandang ibu bapanya. Dia juga mungkin lebih suka bermain sendiri berbanding bercampur dengan kanak-kanak lain.

3. Kemerosotan komunikasi atau skill sosial

Menurut kajian regresi (penurunan) sangat biasa terjadi di kalangan kanak-kanak autisme ini. Mana-mana kanak-kanak yang sakit mungkin menunjukkan kemerosotan bahasa dan komunikasi untuk beberapa hari, namun sekiranya kemerosotan skill ini berlangsung lebih dari beberapa hari, penting untuk bawa berjumpa pakar untuk penilaian.

“Kajian menunjukkan yang satu per tiga kanak-kanak autisme mengalami regresi, namun kebanyakan kanak-kanak ini tidak mempunyai perkembangan yang tipikal untuk bermula,” menurut bekas pengkaji autisme Jennifer Richler menulis di slate.com

4. Tingkahlaku berulang-ulang

Menepuk tangan, bergoyang-goyang, melompat, mengemas dan menyepahkan barang, mengulang-ulang bunyi, perkataan atau frass kesemuanya kebiasaan dalam tingkahlaku berulang-ulang yang menjadi karakteristik austime menurut Autism Speaks.

5. Ketegaran yang kuat

Kanak-kanak autisme boleh menjadi obses terhadap urutan walaupun kelihatan seperti tiada tujuan pun. Semasa bermain mereka lebih suka meluang masa berjam-jam menyusun permainan mereka dan mengkelaskan mengikut warna dari bermain dengan permainan tersebut.

Ramai kanak-kanak autisme sukakan permainan kereta api kerana boleh menyusun landasan kereta api dan pergerakan kereta api yang berulang-ulang.

6. Kegigihan atau obsesi yang tinggi

Minat yang ekstrem dan pengetahuan yang mendalam dan subjek yang luar biasa boleh jadi simptom autisme menurut Autism Speaks.

Seperti contoh obsesi terhadap kipas, pembersih vakum, tandas serta kepakaran dalam astronomi atau enjin kereta. Kanak-kanak yang lebih tua atau golongan dewasa yang autisme mungkin membangunkan kegigihan terhadap nombor, simbol, tarikh atau topik sains.

7. Mengambil perkara secara harfiah

Golongan autisme seringkali mempunyai masalah dalam menyimpulkan atau memahami konsep abstrak dan idiom.

8. Keadaan yang berkait rapat

Seringkali individu yang autisme juga didiagnos dengan gangguan yang lain. Menurut Autism Speaks, diagnosis yang sering berkait rapat dengan autisme adalah masalah gastrousus, gangguan sawan, kesukaran tidur, masalah memproses sensori dan pica (keinginan untuk memakan sesuatu yang bukan makanan)

Pengesanan awal sangat penting supaya anak-anak anda boleh dirawat mengikut rawatan dan terapi yang disediakan oleh pakar dan profesional.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy