Tubuh anda memerlukan protein untuk membaiki sel dan menghasilkan sel baru yang memberi kesan terhadap rambut, kuku, kulit, otot dan banyak lagi.

Menurut Pengajian Perubatan Harvard, mengambilan protein secara harian sepatutnya sebanyak 0.8gram per kilogram berat badan. Untuk purata wanita berusia 50 tahun yang mempunyai berat 63.5kg, memerlukan 53 gram protein sehari.

Jika anda tidak mengambil protein yang mencukupi, tubuh anda mungkin mengalami tanda-tanda seperti ini:

1. Anda sering sakit

Jika anda selesema selama tiga minggu, badan anda mungkin memberi petanda yang ia memerlukan lebih protein. Macronutirien ini sangat penting dalam memberikan sistem imunisasi anda berfungsi dengan baik. Kekurangan protein memberi kesan terhadap sistem sel-T (sel sistem imun), yang meningkatkan pencerobohan mikroskopik yang merbahayakan kesihatan.

2. Kuku anda rapuh

Kuku yang rapuh dan kasar menunjukkan anda kekurangan protein.

3. Walaupun selama mana anda tidur, anda selalu kepenatan.

Melatonin, hormon yang bertanggungjawab membuatkan kita mengantuk dihasillan oleh pembinaan blok protein yang dipanggil tryptophan. Jika kekurangan protein, maka berkurang juga penghasilan tryptophan.

4. Kulit anda kelihatan sembap dan bengkak

Edema, atau kulit sembap atau bengkak adalah gejala kebiasaan bagi kwashiorkor, satu bentuk kekurangan protein yang sangat teruk. Keadaan ini samgat jarang berlaku dan ia tidak berlaku di negara yang mencukupi bekalan proteinnya. Ia mungkin petanda diet fad, penyalahgunaan atau HI.

5. Luka anda tidak sembuh

Jika kulit anda mengambil masa yang lama untuk sembuh dari luka yang ringan, anda mungkin tidak menghasilkan platelet dan/atau sel darah putih yang tidak mencukupi kerana kekurangan protein.

6. Anda cepat lenguh

Jika tangan anda cepat lenguh selepas membawa barang dapur yang banyak dan tidak hilang-hilang lenguh itu walaupun sudah seminggu, tubuh anda mempunyai kesukaran untuk membaiki tisu otot kerana kekurangan protein dalam sistem tubuh badan anda.

7. Anda mengalami keguguran rambut

Apabila tubuh anda kekurangan protein, ia tidak cukup untuk memberikan sumber kepada tubuh badan anda yang sangat memerlukan protein. Oleh kerana rambut anda sangat perlukan protein untuk kuat, anda mungkin keguguran rambut yang banyak sekiranya anda kekurangan protein.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy