Kita sememangnya tahu yang zat besi penting untuk kesihatan kita.

Walaubagaimanapun kadangkala kita tidak menyedari yang walaupun kita memakan makanan yang bernutrisi tidak bermakna yang tubuh kita menyerap semua nutrisi itu.

Kekurangan zat besi adalah masalah global yang sangat serius sehingga ia menjadi punca kepada 176,000 kematian dari cirit birit, 406,000 kematian kerana pnuemonia dan 207,000 kematian disebabkan malaria kebanyakannya di Afrika, timur mediterranean dan juga Asia Tenggara.

Simptom kekurangan zat besi

Malangnya berjuta-juta manusia mengalami kekurangan zat besi dan masih tidak menyedari keadaan mereka. Ini merupakan tujuh simptom yang sering berlaku sekiranya anda kekurangan zat besi:

1. Fungsi neorologi yang lemah

Kekurangan zat besi berkaitan kepada perhatian dan gangguan motor pada bayi dan boleh berkekalan sehingga dewasa.

Kajian dari China yang diterbitkan di American Journal of Clinical Nutrition menemui yang supplemen zat besi hanya memberikan 50% sahaja pengambilan harian yang disyorkan untuk meningkatkan perhatian.

Kajian menunjukkan yang zat besi paling terbaik diserap dengan nutrien lain yang seimbang yang boleh ditemui dalam keseluruhan makanan.

2. Imuniti yang lemah

Zat besi juga merupakan nutrien yang penting untuk mengekalkan fungsi imun. Lebih-lebih lagi ia penting untuk:

  • Pembesaran sel-T dan pembezaan dalam sel darah putih yang diperlukan untuk menghalau penyakit.
  • Aloptosis (kematian sel yang diprogram) untuk membunuh bakteria merbahaya, virus dan sel kanser.
  • Gen transkripsi, langkah pertama gen expresi
  • Melindungi fungsi sel membran

Zat besi juga merupakan kunci komponen struktural untuk beberapa hormon reseptor dan protein yang menyumbang kepada kesihatan, keseimbangan mood dan fungsi imun.

3. Cirit birit

Ini adalah kerana imuniti yang terjejas kerana kekurangan zat besi, cirit birit yang kerap merupakan kebimbangan kesihatan yang sangat besar. Menyerang hampir dua juta kanak-kanak kerana kanak-kanak lebih mudah dijangkiti coli dan jangkita bakteria yang lain.

4. Alergi: Makanan dan persekitaran

Stress yang kronik boleh menyebabkan keletihan adrenal dan boleh menyebabkan kekurangan kalsium, magnesium dan zat besi yang menjadi punca kenaikan tahap histamine dalam badan. Zat besi adalah kunci faktor dalam bagaimana badan anda menyimpan histamine.

Oleh kerana mikronutrien ini diperlukan untuk menyimpan histamine, kekurangan zat besi membenarkan lebih histamine dikeluarkan ke sekeliling cecair tisu. Ini penting untuk dua sebab:

  • Histamine yang berlebihan dalam tubuh anda akan menghasilkan banyak simptom yang berkaitan alergi iaitu hidung berhingus, bersin, gatal-gatal dan sebagainya.
  • Tahap histamine yang tinggi meningkatkan satu sensitiviti ke semua reaksi alergi.

5. Rambut menipis

Mungkin anda pernah mengetahui kekurangan zat besi menyebabkan rambut anda semakin menipis? Ada hubungkait antara perkara ini menurut pengkaji. Kekurangan zat beso berkaitan dengan hypothyrodisme dimana punca penipisan rambut dan alopecia sejenis kondisi keguguran rambut.

6. Kebocoran usus

Pertama kali dinyatakan lebih 70 tahun yang lalu namun hubungkait kulit usus menyatakan bagaimana kebocoran usus (juga dirujuk sebagai kebolehtelapan usus) boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan yang mendadak termasuklah ketidakserapan nutrien, penyakit kulit, alergi, penyakit auto-imun dan masalah thyroid.

7. Jerawat atau ruam

Sama seperti kebocoran usus menyebabkan pelbagai isu kulit, ada beberapa individu boleh mengalami ruam dan jerawat apabila mereka kekurangan zat besi. Kajian juga menunjukkan yang    kekurangan zat besi berkaitan dengan kesembuhan luka yang perlahan dan penyakit kulit yang lain.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy