Mesti anda tidak menjangka khasiat yang tersimpan dalam tumbuhan sejuk bernama timun ni.

Selain menyegarkan dan menghidratkan, ternyata banyak khasiat timun yang selama ini kita tidak tahu pun. Ini antara khasiat timun yang pasti mengejutkan anda!

1. Menggalakkan kesihatan tulang

Nutrien yang tinggi dalam timun adalah vitamin K yang merupakan kunci kepada kesihatan tulang. 1 cawan timun berserta kulit dapat membekalkan lebih 20% pengambilan vitamin K yang disyorkan. Nutrien ini sangat penting untuk pertumbuhan K dan kajian menunjukkan kekurangan vitaamin K boleh menyebabkan osteoperosis dan meningkatkan risiko keretakkan tulang.

2. Dapat mempertingkatkan kesihatan kardiovaskular

Timun mengandungi banyak antioksida termasuklah falvonoid yang sudah dikenali untuk melindungi dari penyakit jantung. Biji timun juga memberi manfaat. Dalam kajian yang diterbitkan tahun lepas, kumpulan kecil beberapa individu yang mempunyai lemak di dalam darah yang tinggi memakan biji timun kering secara harian. Selepas 6 minggu mereka mengalami beberapa perubahan yang positif termasuklah pengurangan tahap kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) serta meningkatkan trigliserida.

3. Menghidratkan

Menurut USDA, sebiji timun saiz sederhana mengandungi 194 gram cecair. Ia hampir kepada 7 auns cuma kurang satu auns sahaja untuk penuh 1 cawan. Dengan menambah hirisan timun dalam air untuk menambah perisa, ini juga dapat meningkatkan pengambilan cecair anda dengan lebih banyak.

4. Terbaik untuk kawalan berat badan!

Timun membekalkan tiga karakteristik yang menggalakkan penurunan berat badan. Timun rendah kalori namun penuh dengan serat dan cecair. Sebiji timun bersaiz sederhana dapat membekalkan hanya suku kalori yang terdapat pada epal bersaiz sederhana. Dengan jumlah karbohidrat sebanyak 4 gram pada timun dan satu setengah adalah dari serat.

5. Mungkin mengurangkan risiko kanser

Timun mempunyai bahan semulajadi yang dipanggil lignan. Bakteria yang berada di dalam usus menukar lignan kepada kompaun yang melekap ke reseptor estrogen. Beberapa kajian awal menunjukkan yang timun dapat melindungi dari kanser berkaitan estrogen termasuklah kanser payudara, kanser ovari, kanser rahim dan kanser prostat.

6. Melegakan kulit

Meletakkan hirisan timun pada mata yang bengkak sangat memberi kelegaan. Isi timun jelasnya mempunyai cecair, vitamin C dan asid caffeic yang merupakan bahan kimia semulajadi yang mempunyai fungsi anti-keradangan. Kombo dari bahan-bahan ini dapat memberikan kelegaan pada kulit dan mengurangkan keradangan kulit dan bengkak.

7.  Dapat mengatasi nafas berbau

Salah satu punca nafas berbau adalah bakteria yang menyerang partikel makanan yang terperangkap di dalam mulut. Cecair yang ada di dalam timun serta penghasilan air liur yang terhasil dari kunyahan dapat membantu membersihkan mulut dan menghilangkan bau yang tidak enak itu

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy