Jika anda mengetahui apa itu susu emas, maka anda sudah mengetahui betapa berkhasiatnya susu emas ini atau susu kunyit.

Kredit gambar: Simple Vegan Blog

Berikut merupakan cara-cara untuk menghasilkan susu emas:

BACA JUGA: Khasiat menakjubkan susu emas

1. Susu emas tradisional Ayurvedic

Resipi susu kunyit yang tradisional ini sangat efektif untuk sendi dan mempertingkatkan imuniti

Bahan-bahan

  • 1-inci kunyit atau satu sudu kecil serbuk kunyit asli
  • Segelas susu suam

Cara-cara:

1. Jika anda menggunakan kunyit hidup, bersihkan dengan teliti dan cincang kecil-kecil.

2. Letakkan di dalam pan bersama susu dan biarkan mereneh selama 10 minit.

3. Setelah mendidih, gunakan kain muslin untuk menapis susu tersebut. Tunggu selama 5- 7 minit untuk membiarkan susu menjadi suam dan anda boleh terus minum.

4. Jika anda menggunakan serbuk kunyit. Hanya tambahkan satu sudu kecil serbuk kunyit ke dalam satu gelas susu suam. Kacau sehingga sebati dan boleh terus minum.

5. Minum susu emas ini tiga kali seminggu untuk merasai khasiatnya.

2. Resipi susu emas untuk kanak-kanak

Bahan-bahan

  • 1-inci kunyit atau satu sudu kecil serbuk kunyit asli
  • Segelas susu suam
  • Satu sudu besar madu

Cara-cara:

1. Jika anda menggunakan kunyit hidup, bersihkan dengan teliti dan cincang kecil-kecil.

2. Letakkan di dalam pan bersama susu dan biarkan mereneh selama 10 minit.

3. Setelah mendidih, gunakan kain muslin untuk menapis susu tersebut. Tunggu selama 5- 7 minit untuk membiarkan susu menjadi suam, tambahkan madu dan boleh terus dinikmati.

4. Jika anda menggunakan serbuk kunyit. Hanya tambahkan satu sudu kecil serbuk kunyit ke dalam satu gelas susu suam. Kacau sehingga sebati tapiskan susu tersebut dan tambah madu.

3. Resipi susu emas untuk batuk dan selesema

Kredit gambar: Mavcure

Bahan-bahan

  • 1-inci kunyit atau satu sudu kecil serbuk kunyit asli
  • 1 inci halia
  • 3-6 peppercorn
  • segelas susu suam

Cara-cara:

1. Jika anda menggunakan kunyit hidup, basuh dengan bersih dan potong kecil-kecil. Jika anda menggunakan serbuk kunyit terus masukkan ke dalam susu. Cara yang sama, bersihkan halia dan potong kecil-kecil.

2. Masukkan halia, kunyit dan peppercorn dalam pan mengandungi segelas susu. Biarkan mereneh selama 10 minit.

3. Setelah mendidih, tapiskan susu tersebut. Biarkan sejuk sebelum menambah madu untuk sedikit rasa manis.

4. Minum setiap hari sehingga simptom hilang.

4. Resipi susu emas bersama kulit kayu manis

Kredit gambar: Mavcure

Resipi susu emas ini sangat efektif jika anda ingin mengurangkan berat badan. Ia akan mempertingkatkan metabolisme anda.

Bahan-bahan:

  • 1-inci kunyit atau satu sudu kecil serbuk kunyti asli
  • Segelas susu suam
  • Setengah sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Cara-cara:

1. Jika anda menggunakan kunyit hidup, basuh dengan bersih dan potong kecil-kecil. Jika anda menggunakan serbuk kunyit terus masukkan ke dalam susu.

2. Tambahkan serbuk kulit kayu manis dan kunyit ke dalam segelas susu suam.

3. Kacau sehingga sebati. Jika anda tidak sukakan butiran halus pada susu anda, anda boleh menapis susu tersebut.

4. Anda boleh tambah madu untuk sedikit rasa.

5. Minum 3 ke 4 kali seminggu untuk perubahan yang maksimum

5. Resipi susu emas bersama safron

Kredit gambar: Mavcure

Resipi ini akan mempertingkatkan imuniti anda, aliran darah dan libido.

Bahan-bahan:

  • 1-inci kunyit atau satu sudu kecil serbuk kunyti asli
  • Segelas susu suam
  • beberapa helai safron
  • 1 sudu kecil madu

Cara-cara:

1. Jika anda menggunakan kunyit hidup, basuh dengan bersih dan potong kecil-kecil. Jika anda menggunakan serbuk kunyit terus masukkan ke dalam susu.

2. Letakkan safron, kunyit atau serbuk kucnyit dan madu di dalam pan mengandungi segelas susu.

3. Biarkan susu sehingga mendidih

4. Biarkan sejuk seketika selama 10 minit

Ini sebenarnya minuman diRaja. Anda sepatutnya minum tiga ke empat kali seminggu untuk khasiat yang maksimum..

6. Resipi susu emas bersama buah pelaga

Kredit gambar: Mavcure

Bahan-bahan:

  • satu sudu kecil serbuk kunyti asli
  • satu cawan susu suam
  • beberapa helai safron
  • 1 sudu kecil madu
  • setengah sudu kecil serbuk buah pelaga

Cara-cara:

1. Tambahkan serbuk kunyit dan serbuk buah pelaga ke dalam pan yang mengandungi secawan susu

2. Didihkan susu selama 5 minit.

3. Tapiskan susu tersebut dan biarkan sejuk selama 10 minit

4. Sesudah sejuk sedikit, tambahkan madu

Anda boleh minum setiap hari untuk meningkatkan imuniti anda

Rasa artikel ini bermanfaat? Silakan share dan jangan lupa like Daily Sihat

Dilarang copy