Dalam terma perubatan terapi menggunakan bisa lebah dipanggil apitherapy.

Gambar: Bee Well Holistic Health

Terapi jenis ini digunakan sebagai salah satu cara perubatan purba, yang digunakan oleh Hippocrates untuk merawat arthritis. Pelbagai lebah boleh digunakan untuk rawatan ini namun yang seringkali digunakan adalah lebah madu.

Kelebihan kesihatan terapi bisa lebah

Apabila disengat lebah, atau beberapa spesis haiwan lain yang mempunyai kelebihan untuk menyengat, bahagian tubuh yang disengat itu selalunya akan membengkak. Ini selalunya kerana, haiwan yang berupaya untuk menyengat mempunyai toksin di dalam sengatannya. Walaubagaimanapun sengatan lebah selalunya digunakan untuk terapi kesihatan. Bisa lebah dikatakan dapat mengatasi beberapa masalah kesihatan termasuklah:

1. Menstimulasikan kerja jantung

Sengatan lebah mempunyai toksin. Bisa yang terdapat pada sengatan lebah dipanggil apitoxin. Apitoxin itu sendiri merupakan bahan yang memberi kehangatan pada saluran darah. Kehangatan ini boleh pergi ke jantung dan jadikan jantung lebih sihat kerana ia menstimulasikan kerja-kerja yang dijalankan oleh jantung.

2.  Mengelakkan dari terjadinya Arthritis Rheumatoid

Penyakit ini juga digelar keradangan yang berlaku pada sendi.

3. Merendahkan tekanan darah

Bisa lebah dikatakan dapat mengelak dari terjadinya tekanan darah tinggi.

4. Mengatasi asma

Toksin yang terdapat dalam sengatan lebah dikatakan dapat membantu melapangkan sputum di tiub bronkial jadi asma dapat diatasi.

5. Melegakan sakit kepala

Sengatan lebah juga dikatakan dapat melegakan pelbagai kesakitan termasuklah sakit kepala.

6. Mengatasi insomnia

Pesakit yang menghadapi imsomnia sangat perlukan terapi bisa lebah ini. Terapi sengatan lebah dapat membantu golongan ini tidur dengan lebih mudah.

Bagaimana terapi bisa lebah ini berfungsi?

Gambar: Virginia Beach Bee Club

Setiap sesi rawatan memerlukan 20 ke 40 ekor lebah. Lebah-lebah ini akan diletakkan di bahagian tubuh tertentu dengan menggunakan pengepit dan biarkan lebah tersebut menyengat kulit anda selama 10 ke 15 minit. Untuk mengurangkan kesakitan, ahli terapi akan meletakkan ketulan ais di kawasan yang disengat selepas sesi berakhir.

Apabila lebah menyengat kulit, lebah melepaskan toksin yang mengandungi beberapa bahan yang kompleks. Bisa ini akan menyebabkan kesakitan dan kebengkakan kerana peningkatan histamine, dopamine, serotonin dan norepinephrine. Walaubagaimanapun, ada beberapa bahan yang berguna yang terdapat dalam bisa lebah seperti apamin, melittin, monoamine dan perosak sel peptide yang besar. Tidak dilupakan juga bahan hyaluronidase dan phospholipase-A2 boleh mengaktifkan sel imun dan menghasilkan immunoglobin E (IgE) dalam badan.

Kesan sampingan terapi bisa lebah

Kebanyakan pesakit yang melalui terapi bisa lebah akan mengalami simptom seperti kemerahan, kesakitan dan kebengkakan pada kawasan yang disengat. Ada juga yang mengalami kegatalan, kegelisahan, keletihan atau simptom selesema. Individu yang mengalami reaksi alergi yang berlebihan tidak disyorkan untuk mengikuti rawatan ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan anaphylaxis iaitu reaksi alergi yang berlebihan yang boleh membawa maut.

Rasa artikel ini bermanfaat? Sila share dan jangan lupa like Daily Sihat

Dilarang copy