Ada sebab buah ini digelar raja buah!

Gambar: CLEO Malaysia

Yeaaa tidak lain tidak bukan buah durian lah kan. Siapa hantu durian kita geng! Sekarang ni kan musim durian. Sepanjang jalan ada sahaja kedai yang menjual durian. Tapi macam mana buah yang berbau sangat kuat ni boleh jadi sesuatu yang sangat bagus untuk kesihatan kita?

Ada individu di luar sana yang tidak tahan dengan bau durian, namun di sebalik baunya yang agak dahsyat itu, isi buah durian terkandung banyak khasiat yang baik dan menakjubkan. Sebenarnya banyak lagi khasiat yang ada pada buah durian namun MM senaraikan 5 yang paling top:

Gambar: Durian Delievery

1. Durian mengandungi tersangatlah banyak nutrien

Durian adalah seperti tablet multi vitamin semulajadi. Ia kaya dengan vitamin C, B kompleks, zat besi, potassium dan serat. Durian juga mempunyai kesemua nutrien penting yang diperlukan tubuh badan anda untuk menyokong sistem imun, meningkatkan penghasilan sel darah merah dan tidak lupa juga memberikan anda kulit yang lebih sihat. Jangan terkejut Elianto pernah melancarkan set solekan mereka berasaskan durian ya. Siap ada minyak wangi bunga durian.

2. Membantu anda tidur dengan lena

Durian mengandungi tryptophan sejenis asid amino yang membantu meningkatkan tahap hormon melatonin anda. Semakin tinggi tahap melatonin, semakin mudah untuk anda tidur. Jadi dengan memakan durian anda akan mempunyai kualiti tidur yang baik.

3. Peningkat tenaga semulajadi

Lupakan nescafe atau kopi pekat, jika anda inginkan booster tenaga yang segera, durian adalah jawapan anda. Durian mengandungi jumlah karbohidrat yang banyak, dan dengan hanya memakan beberapa ulas sahaja ia dapat meningkatkan tenaga dengan sepantas kilat.

4. Jadikan anda lebih gembira

Yang ni rasanya semua peminat durian akan bersetuju. Tahukah anda sebab apa kita rasa gembira apabila memakan durian? Isi buah durian mengandungi bahan kimia yang menstimulasikan neurotransmitter serotonin yang menghasilkan perasaan rileks dan kegembiraan. Pernah ke kita lihat orang masam muka sedih masa makan durian?

5. Membantu mengawal tekanan darah dan tahap kolesterol 

Durian adalah sumber potasium yang baik. Ia adalah elektrolit yang membantu mengekalkan tekanan darah yang baik di dalam badan anda. Jika anda memakan durian dengan kerap, ia membantu anda mengelakkan dari terjadinya hypertension dan penyakit lain yang berkaitan tekanan darah tinggi. Bukan itu sahaja durian sebenarnya bebas kolesterol ya dan ia mengandungi lemak tepu yang sihat. Ia sebenarnya membantu anda mengurangkan tahap kolesterol jahat.

Gambar: GO Asia Plus

Jadi apa lagi cepat serbu kedai durian beli durian dan makan tanpa rasa bersalah. Hehe

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy