Batu karang menjadi salah satu kebimbangan baru-baru ini.

Menurut saintis dan juga doktor, jumlah individu yang mengalami batu karang semakin meningkat.

Walaupun ada yang percaya yang hanya pembedahan sahaja cara untuk menyelesaikan masalah ini, namun tahukah anda ada beberapa petua mudah yang boleh digunakan untuk merawat masalah ini. Air barli adalah salah satunya.

Kenapa perlu minum air barli untuk merawat baru karang?

Air barli bukan sahaja menghentikan pembentukan batu karang, ia juga dapat membantu menghancurkan batu karang yang ada. Ini sebabnya:

  1. Pengambilan air barli secara harian dikatakan salah satu cara semulajadi yang paling berkesan untuk batu karang kerana ia dapat menghasilkan tekanan pundi kencing yang diperlukan dan menjadikan pengeluaran batu karang lebih mudah.
  2. Air barli dapat membantu mengekalkan keseimbangan PH dalam tubuh kita dengan menjadikan ia alkali. Ia mengelakkan dari terjadinya batu karang baru.
  3. Air barli dapat menyuburkan buah pinggang dan menyihatkannya. Dimana ia penting untuk mengelakkan vitamin B6 yang berbeza ke dalam tubuh yang akhirnya dipexahkan menjadi kalsium oxalate yang berkumpul di dalam buah pinggang.
  4. Barli mengandungi magnesium yang banyak, di mana ia dapat mempercepatkan pemecahan kristal kalsium oxalate.

Bagaimana untuk membuat air barli?

Gambar: countrygrocer

Ini merupakan cara-cara untuk menghasilkan resipi air barli untuk batu karang:

  • Tuangkan 1 liter air minuman dalam periuk. Ambil satu sudu besar biji barli dan tambahkan ke dalam periuk.
  • Renehkan biji barli dengan api yang kecik selama 30 minit. Keluarkan periuk dari api setelah air berkurangan sehingga setengah.
  • Sejukkan dan boleh terus diminum.
  • Air barli selalunya tiada rasa. Anda boleh tambahkan perahan jus lemon atau satu sudu besar madu untuk jadikan ia lebih sedap.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy