Adakah anda tahu apa itu plak?

Plak adalah lapisan bakteria yang melekit dan tidak berwarna yang sering membentuk pada gigi dan sepanjang garisan gusi. Plak mengandungi bakteria yang menyebabkan kavitis dan penyakit gusi.

Apa menyebabkan plak pada gigi? Menurut pakar, mulut kita mengandungi banyak bakteria yang berkumpul pada permukaan gigi dan membentuk lapisan bakteria yang selalunya bermula di garisan gusi. Perkembangan plak adalah normal dan pada doktor gigi ia adalah satu perkara yang sudah dijangka.

Namun perlu berhati-hati kerana apabila bakteria bergabung dengan gula, ia akan menghasilkan asid. Oleh kerana itulah masalah mula muncul. Jika anda suka makan benda manis dan anda biarkan sahaja ia terkumpul pada gigi, bakteria dalam mulut anda akan memakan gula tersebut.

Dalam artikel ini kami nak kongsikan tips dan petua untuk menghilangkan plak pada gigi secara semulajadi.

Jus lemon

Untuk peringatan, anda tidak perlu mengikuti petua ini dengan kerap kerana asid pada jus lemon akan menghakis gigi anda dan menyebabkan kerosakan lagi teruk. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Campurkan 1/2 cawan jus lemon bersama 1/2 cawan air
  • Kumurkan campuran tersebut selama 5 minit

Daun sup

Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Cincang daun sup dan letakkan pada gigi
  • Biarkan selama 5 minit kemudian bersihkan mulut anda dengan air suam.
  • Ulang setiap hari untuk mengurangkan plak

 Strawberi

Pakar mengatakan straberi mengandungi kompaun istimewa yang dapat membantu anda menghilangkan plak gigi. Anda boleh gunakan sekerap yang boleh kerana ia tidak menghakis seperti jus lemon.

  • Gosok gigi anda dengan strawberi yang dipotong setengah setiap hari selama 7 minit

Petua semulajadi

Anda perlukan bahan-bahan ini:

  • 2 sudu kecil baking soda
  • 2 sudu kecil air bikarbonat (tidak berperisa)
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil ubat gigi

Cara-cara:

  • Campurkan semua bahan ini di dalam mangkuk sehingga terbentuk pes
  • Letakkan pada berus gigi dan berus gigi anda setiap hari dengan menggunakan pes ini selama 4 minit
  • Ulang rawatan ini selang seminggu.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy