Daun betik bukan sahaja dimakan sebagai salad. Ia lebih dari kegunaan kulinari.

Daun betik dikatakan berkesan dalam merawat penyakit kronik seperti asma, arthritis, kanser dan diabetes.

Gambar: Health Benefits Times

Anda boleh merasai khasiat daun betik dengan memakan seperti sayuran atau dijadikan teh herba.

Sebelum anda memutuskan untuk mengambil ubat anti-diabetik, cubalah daun betik. Ianya murah dan mudah didapati.

Kandungan nutrien dalam daun betik

Sebagai salah satu herba untuk perubatan tradisional, daun betik mempunyai banyak nilai nitrisinya. Apa yang lebih penting daun betik mempunyai kandungan alkaloid yang tinggi termasuklah carpainen dan papain yang sangat berkesan untuk diabetes. Berikut merupakan nutrien yang terdapat pada 100g daun betik:

  • Alpha glutamin
  • Benzaldehyde
  • Caryophyllene
  • Cobalt
  • Histamine
  • Linalool
  • Silikon
  • Selenium
  • Protease
  • Asid Myristic
  • Methyl salycilate
  • Asid Malic
  • Lycopene
  • Choline
  • Copper
  • Ash
  • Alkaloids
  • Carpaine
  • Papain
  • 1.7 g serat diet
  • 47 μg vitamin A
  • Beta karoten
  • Lutein zeaxanthin
  • 0.023 mg thiamine
  • 2.6 μg vitamin K
  • 38 μg folate (B9)
  • 0.027 mg riboflavin (B2)
  • 0.357 mg niacin (B3)
  • 0.191 mg pantothenic acid (B5)
  • 62 mg vitamin C
  • 0.3 mg vitamin E
  • 0.08 mg zink
  • 21 mg magnesium
  • 182 mg potassium
  • 20 mg kalsium
  • 8 mg sodium
  • 0.25 mg zat besi
  • 3 mg manganese
  • 11 mg phosphorus

Daun betik juga mengandungi phytochemicals seperti carotenoids, polyphenols, benzyl isothiocyanates, benzyl glucosinates, prunasin (bahan cyanogenic).

Menurut sumber yang dipercayai, bahan yang paling berkesan dalam daun betik adalah alkaloid (carpaine dan papain). Daun betik juga mempunyai bahan anti-diabetik.

Berikut merupakan khasiat daun betik:

1. Daun betik mempunyai fungsi diuretik

Ya oleh sebab inilah daun betik membantu meningktkan penghasilan urin dan sangat berkesan merendahkan tekanan darah.

2. Menggalakkan keazaman ketika bersenam

Daun betik dikatakan mencetuskan keazaman untuk melakukan lebih senaman kerana ia merupakan herba yang bebas gula dan lemak

3. Bebas dari gula

Apabila memakan daun betik anda tidak perlu risau mengenai gula dalam darah anda. Sebagai herba perubatan, daun betik mengandungi hampir tiada gula langsung.

4. Daun betik rendah karbohidrat

Ini sangat berkhasiat untuk golongan diabetes tanpa memikirkan kandungan karbohidrat yang akan bertukar menjadi gula.

5. Mengandungi phytokimia yang tinggi

Menurut beberapa kajian, daun betik mempunyai phytokimia yang banyak dengan carpaine yang paling berkesan dan bahan lain seperti papain, flavonoid, alkaloid, polyphenol, karotenoid dan beta karoten juga membantu mengelak dan merawat diabetes. Bahan ini juga dikenali sebagai antioksida yang sangat bagus dalam melawan kanserz

6. Membantu membersihkan usus dan sistem penghadaman

Daun betik meninggalkan bahan kimia yang berkesan dalam pembuangan najis. Ia mampu membersihkan usus dan sistem penghadaman dari cacing kerana kandungan carpaine nya.

7. Merendahkan tahap gula dalam darah

Daun betik mengandungi beberapa nutrien yang dapat membantu tahap gula dalam darah, memperlahankan kadar degupan jantung dan seimbangkan tekanan darah.

8. Daun betik boleh dijadikan teh herba

Ini caranya:

  • Sediakan 3 ke 6 daun betik muda
  • Panaskan dua liter air
  • Rebuskan daun betik tadi sehingga kandungan air tersejat sehingga separuh
  • Biarkan sejuk seketika, tapis air dan anda boleh tambahkan madu atau herba yang lain.

9. Daun betik tidak mempunyai kesan buruk kepada individu diabetes

Sudah disahkan oleh pakar, daun berik tidak mempunyai kesan buruk kepada golongan yang mempunyai diabetes.

10. Daun betik membantu merendahkan indeks glisemik

Oleh kerana fungsinya yang anti-diabetik, daun betik dapat merendahkan indeks glisemik.

11. Mengurangkan risiko kanser

Pakar mengatakan yang daun betik mempunyai kompaun yang bernama acetogenin. Kompaun ini dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser seperti kanser paru-paru, pankreas dan kanser payudara.

12. Merawat demam denggi

Daun betik dapat mengembalikan platlet darah yang berkurangan kerana demam denggi dengan cepat.

13. Kulit yang lebih muda

Oleh sebab daun betik kaya dengan antioksida, anda boleh membuat masker muka dengan menggunakan daun betik untuk kulit wajah yang muda, bersinar dan sihat.

14. Merawat ezcema

Bahan anti-bakteria dan anti keradangan yang ada pada daun betik sangat berkesan dalam merawat ezcema. Anda boleh memakan daun betik dan menyapu ekstrak daun betik pada kawasan yang bermasalah.

15. Anti kelemumur

Tahukah anda sekiranya anda menggosokkan daun betik pada rambut anda, masalah kelemumur anda akan diatasi dengan berkesannya? Cubalah untuk lihat keberkesanannya.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy