Siapa yang tidak kenal pokok semalu ni kan? Alaa yang daunnya menguncup apabila disentuh tu.

Nama saintifik bagi pokok semalu adalah Mimosa Pudica. Ternyata pokok yang selalu ada di semak-semak ini banyak khasiatnya.

Kredit gambar: Nagas Connect

Ramai yang tidak menyedari khasiat-khasiat yang terdapat pada pokok semalu yang sememangnya bagus untuk kesihatan kita. Berikut merupakan khasiat pokok daun semalu:

1. Untuk luka ringan

Daun pokok semalu mempunyai fungsi merawat luka ringan. Ia juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Untuk merawat luka, hancurkan beberapa helai daun ini dan titiskan jus daun tersebut ke luka tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh.

2. Pendarahan yang berlebihan semasa menstruasi

Pokok semalu sangat berguna untuk mengawal pendarahan yang berlebihan semasa menstruasi. Ia berfungsi untuk mengimbangkan hormon dalam badan.

  • Ekstrakkan 6 sudu kecil pokok semalu dan tambahkan sedikit madu
  • Minum ekstrak ini tiga kali sehari
  • Anda juga boleh mengekstrakkan jus dari akar pokok semalu dan ambil 5ml bersama sedikit madu 4 kali sehari.

3. Merawat buasir

Keringkan daun pokok semalu dan jadikan serbuk. Tambahkan 1 sudu kecil serbuk daun semalu pada segelas susu. Minum dua kali sehari. Anda juga boleh jadikan serbuk dari akarnya. Minum susu bersama serbuk akar pokok semalu setiap pagi sehingga simptom and hilang.

4. Sakit sendi atau Arthritis

Pokok semalu mempunyai fungsi anti-keradangan yang dapat merawat keradangan pada sendi sekaligus melegakan kesakitan.

Untuk ini anda perlu menghasilkan pes dari daun pokok semalu dan sapukan pada sendi yang sakir itu. Biarkan semalaman dan cuci keesokan pagi. Dengan lakukan setiap hari anda akan merasai perbezaannya, bengkak dan kesakitan akan mula hilang.

5. Merawat diabetes

Pokok daun semalu digunakan untuk mengawalselia tahap gula dalam darah. Ia berfugnsi dengan menghasilkan jumlah insulin yang diperlukan.

Minum 30ml ekstrak jus dari daun pokok semalu setiap hari pada waktu pagi dan petang. Dalam 7 ke 10 hari anda akan merasai perbezaannya.

6. Merawat cirit birit

Jus daun semalu membantu merawat cirit birit. Minum 30ml beberapa kali untuk melihat kesannya.

7. Untuk merawat jaundice

Ekstrak jus dari daun semalu dapat merawat jaundice dengan menambahkan dalam air mandian bayi.

8. Merawat sakit perut dan kecacingan

Pokok semalu mempunyai fungsi anti-bakteria jadi ia berkesan dalam menghapuskan bakteria dalam perut.

9. Melegakan kegatalan

Untuk menghilangkan kegatalan pada kulit hanya sapukan ekstrak akar semalu pada kawasan yang gatal.

10. Merawat gusi bengkak dan sakit gigi

Kunyah akar pokok semalu untuk surutkan bengkak pada gusi dan sakit gigi kerana akar pokok semalu mempunyai fungsi anti-keradangan dan anti-bakteria.

11. Merawat patukan ular

Pokok semalu dikatakan berkesan dalam merawat patukan ular berbisa. Untuk kecemasan, sejatkan akar daun semalu (10gram) bersama 400ml air dan minum dua kali sehari.

12. Merawat gigitan serangga

Hancurkan daun dan batang pokok semalu dan sapukan pada kawasan yang digigit serangga. Ini akan mengurangkan bengkak, kesakitan dan kemerahan yang disebabkan oleh gigitan serangga.

13. Merawat insomnia

Pokok semalu juga boleh digunakan untuk merilekskan otak dan tubuh anda dari kegelisahan dan tekanan. Apabila otak anda tenang, tidur menjadi lebih mudah.

Ambil 5 gram pokok semalu dan rebuskan bersama 1 liter air dan tapis. Minum air rebusan ini setiap malam.

14. Merawat asma

Pokok semalu juga dapat merawat asma kerana ia mampu membersihkan saluran pernafasan dari habuk, alergen dan keradangan.

Minum air rebusan pokok semalu setiap hari dan lihat perbezaannya.

15. Melawan keguguran rambut

Pokok semalu dapat membantu dalam pertumbuhan sel rambut baru dan mengawal keguguran rambut dan mengelakkan kebotakkan. Disyorkan untuk menggunakan shampoo yang mengandungi ekstrak tumbuhan ini.

Untuk kesan yang lebih baik ambil segenggam daun pokok semalu. Tambah sedikit air dan minyak kelapa untuk jadikan pes. Sapukan pes pada kulit kepala dan biarkan selama 20 minit kemudian bilas.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat silakan share dan jangan lupa like  Daily Sihat

Dilarang copy