Petua Berkesan Merawat Cagu

12 Petua Berkesan Merawat Cagu Di Kaki. Mesti Cuba Sebab Tidak Sakit

Cagu, Makan Cengkam, Kuku Cengkam atau Kuku Sebayan adalah benda yang sama dan merupakan satu masalah yang sering berlaku pada ibu jari kaki. Ia bernanah, berdarah dan berbau busuk. Ia menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Hinggakan tidak dapat duduk tawarruk dengan sempurna semasa solat.

Kuku cengkam, cagu, sebayan memang menyakitkan dan sukar untuk sembuh jika tidak dirawat dengan betul. Cagu terjadi disebabkan kuku tidak dijaga dengan sempurna, memotong kuku yang tidak betul dan mungkin juga disebabkan memakai kasut yang terlalu ketat.

Cagu juga berlaku pada jari-jari lain termasuk jari tangan. Paling popular adalah pada jari kaki. Bila terkena cagu, sangat menyiksakan.

Pergerakan agak terbatas dan bagi yang bekerja mungkin tidak mampu untuk memakai kasut sarung. Jika anda melihat tentera, polis atau bomba yang memakai unifom tetapi tidak memakai kasut kerja, mungkin terkena cagu. Punca utama adalah kasut yang ketat atau memakainya terlalu lama.

Bagi mereka yang pernah kena pasti tahu betapa peritnya.Kalau pergi klinik atau hospital, mungkin kuku anda dicabut atau dibuat pembedahan kecil. Takutnya!! Oh my god!

Bila terkena cagu, sangatlah susah untuk sembuh. Makan masa berbulan bahkan bertahun. Bagaimana nak sembuh, kadang-kadang dah hampir sembuh, tersepak bendul, dipijak oleh anak atau kawan dan sebagainya. Maka berdarah dan jadi semula.

Bagaimana nak cepat sembuh? Ada beberapa petua supaya cagu cempat sembuh. Anda boleh cuba petua-petua di bawah.

CARA MERAWAT CAGU

Petua Berkesan Merawat Cagu

1. Menggunakan daun Inai

Daun inai merupakan cara rawatan popular di kampung-kampung sejak dulu.  Ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, balutkan pada ibu jari yang kena cagu tu dan biarkan sehingga kering. Setelah kering buangkan inai tersebut.

2. BAWANG PUTIH

Bawang putih mengandungi sebatian antikulat yang dikenali sebagai ajoene sehingga mampu mengatasi kuku cagu. Cincang halus 2 ke 3 ulas bawang putih. Campurkan dengan beberapa titis minyak zaitun. Sapukan campuran tadi pada bahagian yang terkena cagu dan balutkan kuku tersebut dengan kain kasa.

3. Cuka Epal

litiskan beberapa titik cuka epal ke dalam air. Rendamkan kaki anda untuk membunuh kuman dan bakteria. Ia mampu mengurangkan jangkitan pada kuku yang terkena cagu.

4. BAKING SODA

  • Sifat alkali baking soda membolehkannya mengatasi masalah cagu. Campurkan baking soda dengan air suam dengan perbandingan 2:1 hingga dan gaul hingga jadi pes. Sapukan pes pada kuku yang terkena cagu dengan kapas. Biarkan selama 20 ke 30 minit dan kemudian bilas sehingga bersih. Lakukan dua kali sehari sehingga sembuh.
  • Campurkan empat sudu makan baking soda , secawan cuka putih serta tiga cawan air suam. Rendam kaki anda dalam bekas yang diletakkan bahan tadi selama 15 ke 20 minit. Keringkan kaki atau bahagian cagu dengan tuala. Lakukan cara ini dua kali sehari selama satu bulan atau hingga sembuh.

5. LEMON

Potong lemon nipis-nipis. Ikat hirisan lemon pada bahagian jari dan kuku yang terkena cagu. Biarkan semalaman agar mnghindari jangkitan yang boleh menambahkan lagi kesakitan. Lemon juga mampu mengubati cagu.

6. Bunga Keembung Putih

Ambillah 5 ke 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai lumat. Balutkan pada jari yang terkena cagu. Bungkuskan balutan tu dengan plastik. Biarkan selama sejam. Selepas itu buka bungkusan dan balutan tadi. Teruskan rawatan sebegitu sehingga sembuh.

7. SANTAN PEKAT

Ambil segenggam kelapa parut,perah dan dapatkan santan pekat. Titis atas cagu dan biarkan selama 20 ke 30 minit. Lagi lama lagi bagus. Selepas itu basuh kaki anda hingga bersih.

8. CILI KERING

Setangkai cili kering dipotong bahagian hujungnya. Isikan minyak masak dalam cili kering tersebut melalui lubang yang dipotong. Jangan terlalu penuh. Layurkan cili kering tersebut dengan api sehingga menjadi kehitam-hitaman. Ambil minyak yang berada di dalam cili kering sapukan pada bahagian yang terkena cagu. Ulang petua ini sehingga sembuh.

9. MINYAK OREGANO

Minyak Oregano memiliki sifat antiseptik yang membantu merawat kuku cagu. Campurkan minyak oregano dengan ekstrak minyak zaitun dalam jumlah yang sama. Gunakan putik kapas dan sapukan pada kuku dan biarkan selama 10 ke 15 minit.

10. SABUN ANTISEPTIK

Masukkan sabun ke dalam air dan rendamkan kaki. Setelah selesai lapkan kaki hingga kering. Kemudian sapukan ubat anti bakteria.

11. LISTERINE

Listerine memiliki sifat antiseptik yang membantu melawan cekam kuku. Untuk hasil yang lebih baik, campurkan dengan cuka epal dengan nisbah 1:1. Rendamkan kaki 10 ke 15 minit. Kemudian keringkan dengan tuala

12.  GARAM

Rendamkan kaki anda selama 20 ke 30 minit di dalam air garam untuk melembutkan bahagian kuku yang bermasalah. Kuku yang lembut mengurangkan jangkitan dan kesakitan serta memudahkan anda untuk memotong kuku (jika perlu).

Selain itu anda juga boleh dapatkan ubat cagu di farmasi.Semoga petua ini memberi manfaat kepada mereka yang terkena cagu. SELAMAT MENCUBA

Rasa artikel ini bermanfaat? Silakan share dan jangan lupa like Daily Sihat

Dilarang copy